Pusat Sukan

Unit Pentadbiran & Kewangan

FUNGSI

1. Pengurusan Kewangan:

a. Menyediakan belanjawan, mengurus perbelanjaan, dan memantau aliran kewangan.
b. Memastikan semua transaksi mematuhi peraturan kewangan yang ditetapkan.

2. Pengurusan Sumber Manusia:

a. Menyelia urusan pentadbiran kakitangan seperti kehadiran, cuti, dan latihan.
b. Memastikan pengagihan tugas staf berjalan lancar.

3. Pengurusan Dokumen dan Rekod:

a. Menyelaras penyimpanan dokumen rasmi dan rekod kewangan.
b. Menyediakan laporan pentadbiran dan kewangan untuk rujukan pihak pengurusan.

4. Penyelenggaraan Operasi Pejabat:

a. Memastikan operasi harian pejabat berjalan lancar termasuk penyelenggaraan peralatan dan fasiliti pejabat.

5. Sokongan kepada Unit Lain:

a. Memberi sokongan pentadbiran dan kewangan kepada unit-unit lain dalam melaksanakan program atau aktiviti sukan.

6. Penyediaan Template dan Promosi Pusat Sukan:

a. Mereka bentuk dan menyediakan templat untuk bahan promosi seperti poster, brosur, dan laporan yang digunakan untuk program sukan.
b. Menyediakan bahan visual untuk promosi acara dan aktiviti Pusat Sukan di media sosial, laman web, dan platform lain.
c. Menyelaraskan bahan promosi dengan identiti korporat UKM dan memastikan keseragaman dalam komunikasi visual.