Southeast Asia Disaster Prevention Research Initiative (SEADPRI-UKM)

 

Penubuhan SEADPRI – The Inaugural of SEADPRI

Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (SEADPRI-UKM) (en: Southeast Asia Disaster Prevention Research Initiative) (SEADPRI-UKM)) telah ditubuhkan pada 1 Jun 2008 sebagai sebuah pusat penyelidikan di bawah struktur pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). SEADPRI-UKM menjalankan penyelidikan yang bersifat holistik berkaitan bencana meliputi skop wilayah yang global bagi membantu kerajaan dalam membuat keputusan dasar mengenai bencana iklim, bencana geologi dan bencana teknologi serta meningkatkan modal insan dan kemampuan tenaga kerja di peringkat tempatan, negeri, kebangsaan dan antarabangsa, khususnya Asia Tenggara.

 

Objektif penubuhan SEADPRI
  • Menjadi pusat penyelidikan terfokus bagi mengembang ilmu dalam bidang bencana iklim, bencana geologi dan bencana teknologi di peringkat kebangsaan dan rantau Asia Tenggara.
  • Menjadi pusat penyelidikan multidisiplin dalam pengurusan bencana khususnya dalam konteks dasar, governans dan pencegahan bencana serta respon pascabencana.
  • Membangunkan modal insan mahir untuk menangani isu bencana bagi pihak kerajaan dan swasta melalui program lepasan ijazah, khususnya dalam bidang berkaitan sains dan teknologi bencana, aspek kemasyarakatan dan governans bencana.
  • Menjadi pusat rujukan Asia Tenggara tentang isu sains dan governans bencana.