Institut Sel Fuel

 Masa Depan Tenaga

JEMPUTAN KE BENGKEL CHRA, INSTITUT SEL FUEL 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera
YBhg. Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan,

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Untuk makluman Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan, Institut Sel Fuel akan menganjurkan WEBINAR BENGKEL PENGENALAN PENILAIAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA KEPADA KESIHATAN (Chemical Health Risk Assessment, (CHRA)) INSTITUT SEL FUEL 2021 seperti butiran berikut:

Tarikh : 02 Ogos 2021 (Isnin)
Masa : 9.15 pagi hingga 11.30 pagi
Kaedah : Secara atas talian di Aplikasi Cisco Webex
Link Pendaftaran warga SELFUEL :
https://ukm.webex.com/ukm/j.php?MTID=me7d0d25c7d0e9970536d1b9d5cea63ee
Kehadiran diwajibkan kepada semua pelajar, pensyarah dan kakitangan di SELFUEL.

Link Pendaftaran peserta luar dan warga UKM : https://bit.ly/2TcTjQK
Yuran bagi peserta luar dan warga UKM adalah sebanyak RM10.00/peserta
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Julai 2021 (Jumaat)

Bersama ini dilampirkan Poster Webinar Bengkel CHRA ISF 2021 untuk makluman dan perhatian YBhg. Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan.
Sebarang pertanyaan berkaitan kursus ini boleh menghubungi Urusetia En. Muhammad Taufik Mohd Hafzi (taufikhafzi@ukm.edu.my) atau Puan Nik Samila (niksamila@ukm.edu.my).

Sehubungan dengan itu, YBhg. Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput hadir ke bengkel tersebut.

Sekian, terima kasih.