Sistem Fotovoltan Suria dan Sel Suria Termaju

Penyelidikan dalam bidang Sistem Fotovoltan Suria dan Sel Suria Termaju terdiri daripada pelbagai jenis sel suria termasuk generasi pertama kristal silikon, filem nipis seperti CIGS, CZTS, CdTe, sel suria berasaskan bahan organik. SERI juga mempunyai beberapa makmal dan kemudahan peralatan bagi fabrikasi sel suria / peranti seperti Makmal Sel Suria Silikon Termaju, Makmal Sel Suria Filem Nipis Termaju dan Makmal Sel Suria Organik Termaju. Pembiayaan aktiviti penyelidikan diperolehi daripada sumber dalam dan luar negara seperti daripada Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sains , Teknologi dan Inovasi, Cradle, Arab Saudi Dana Penyelidikan Kebangsaan dan lain-lain. Terdapat lebih 300 makalah penyelidikan telah diterbitkan dalam jurnal terindeks dan prosiding serta dibentangkan pada persidangan kebangsaan dan antarabangsa.