Pascasiswazah

Objektif Pengajian Siswazah

  1. Menyediakan bakal pemimpin dan penyelidik untuk negara.
  2. Menggalak dan mengembangkan budaya penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi.
  3. Memberi peluang kepada pelajar siswazah menjalankan penyelidikan secara bersendirian serta mendapatkan pengajaran dan penyeliaan yang terbaik.
  4. Membina kepimpinan yang berkualiti dalam usaha mencari ilmu dalam bidang sains dan teknologi serta meningkatkan kemahiran analisis kritis.
  5. Menyedia dan menitikberatkan kepentingan pembelajaran sepanjang hayat.

 

Program-program Pengajian Siswazah

SERI menawarkan program pengajian siswazah dengan mod penyelidikan bagi ijazah:

  1. Doktor Falsafah (Tenaga Keterbaharuan)
  2. Sarjana Sains (Tenaga Keterbaharuan)

Senarai Kursus (klik di sini)

Bidang Penyelidikan

  1. Fotovoltaik Suria dan Sel Suria Termaju
  2. Teknologi Terma Suria Termaju
  3. Teknologi Tenaga Angin dan Marin
  4. Senibina Pasif dan Rendah Tenaga
  5. Sumber Tenaga Keterbaharuan Strategik
  6. Analisis Impak Tenaga