Solar Energy Research Institute

Institut Penyelidikan Tenaga Suria | Solar Energy Research Institute

Syarat-syarat Kemasukan

PROGRAM SARJANA

Calon yang ingin memohon mengikuti Program Sarjana secara mod penyelidikan dan penyediaan tesis mestilah mempunyai salah satu daripada kelayakan berikut:

 

a.      Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkenaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 2.75;

 

atau

 

b.      Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkenaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 2.50 dan tidak mencapai PNGK 2.75 serta 2 tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan;

 

atau

 

c.      Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkenaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) di bawah 2.50 serta 5 tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan;

 

atau

 

d.      Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkenaan dari universiti luar negara yang diiktiraf oleh Senat bagi sistem yang bukan PNGK, yang disetarakan seperti berikut;

 

Bil Universiti Luar Negara

 

Syarat Kemasukan
1. Maghribi / Iran

 

12/20

(Sekurang-kurangnya 10/20 dengan 2 tahun pengalaman kerja)

2. Iraq  

65/100

(Sekurang-kurangnya 55/100 dengan 2 tahun pengalaman kerja)

3. Syria / Jordan / Bangladesh / Libya / Jepun  

60/100

 

4. Arab Saudi  

3.13/5

 

5. Indonesia / Thailand  

2.75/4

 

6. Nigeria  

60/100 atau 4.8/7.0

 

7. Pakistan / India 55/100
8. Lain-lain Negara tertakluk              kepada kelulusan Jawatankuasa Siswazah

 

PROGRAM DOKTOR FALSAFAH

Calon yang ingin memohon mengikuti Program Doktor Falsafah secara mod penyelidikan dan penyediaan tesis mestilah mempunyai salah satu daripada kelayakan berikut:

 

a.        Sarjana dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau yang setara dari mana-mana universiti yang diiktiraf

 

atau

 

b.        Kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana atau mempunyai kelayakan lain dengan pengalaman yang diiktiraf Senat

 

atau

 

c.           Calon yang sedang mengikuti program Sarjana secara sepenuh masa di Universiti dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti untuk menukar status kepada Program Kedoktoran dengan kelulusan Dekan

 

atau

 

d.           **Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dengan kelas pertama dan setaraf dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.67 dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi yang diiktiraf pembelajaran oleh Senat dan bagi calon antarabangsa, perlu memenuhi keperluan Bahasa Inggeris – 550 (TOEFL) atau 6.0 (IELTS)

**saluran laluan pantas

 

Syarat tambahan bagi pemohon bukan Warganegara Malaysia, diwajibkan:

·         Mencapai tahap Bahasa Inggeris dengan

a.            Skor berasaskan kertas TOEFL: Minimum 500, atau

b.           Skor berasaskan komputer TOEFL: Minimum 173, atau

c.            Skor berasakan internet TOEFL: Minimum 46, atau

d.           Skor bagi IELTS: Band Minimum 5, atau

e.           Skor bagi MUET: Band Minimum 3