Lapor segera insiden keselamatan ICT atau ancaman Keselamatan Maklumat yang ditemui kepada UKMCERT@ukm.edu.my
Insiden keselamatan ICT adalah situasi apabila berlakunya pelanggaran Dasar, kegagalan kawalan atau isu keselamatan lain melibatkan sistem dan rangkaian yang boleh menjejaskan operasi perkhidmatan atau mengancam keselamatan maklumat UKM. Contoh: pencerobohan laman web, pencerobohan akaun emel, kecurian data, serangan malware
SIAPA YANG PERLU LAPOR?
Warga UKM Adalah menjadi tanggungjawab semua Warga UKM (Kakitangan dan Pelajar) untuk melaporkan insiden yang ditemui atau dikenalpasti.
Pembekal/Pihak Ketiga Sekiranya menemui sebarang kelemahan yang melibatkan isu keselamatan maklumat semasa melaksanakan operasi di UKM.
Pelanggan UKM / Orang Awam Dialu-alukan untuk melaporkan kepada pihak UKM jika menemui sebarang kelemahan yang boleh menjejaskan keselamatan maklumat UKM atau boleh memberi ancaman kepada pihak lain seperti web defacement atau kebocoran maklumat.