Simulasi Fakulti Perubatan

Simulasi Fakulti Perubatan

Faculty of Medicine Simulation

Tatacara Tempahan Peralatan

1. Pergi ke www.ukm.my/simfper.

2. Pilih SENARAI INVENTORI di Menu TEMPAHAN. Semua inventori akan disenaraikan di sini.

3. Pilih peralatan yang ingin dipinjam.

4. Semua maklumat berkaitan peralatan akan dipaparkan di sini.

5. Maklumat hak milik juga akan dinyatakan di sini.

6. Untuk membuat permohonan, pergi ke bahagian bawah dan pilih ‘Semak Kekosongan‘.

7. Seterusnya, pemohon akan dibawa ke Senarai Tempahan yang akan memaparkan senarai tempahan untuk peralatan yang telah dipilih sahaja.
Paparan ini hanya akan memaparkan data yang dipinjam sahaja. 

8. Untuk menyemak kekosongan, pilih tarikh yang dikehendaki. Jika tiada data yang dipaparkan, peralatan adalah kosong dan sedia untuk dipinjam.

9. Seterusnya, klik ISI BORANG TEMPAHAN pada bahagian bawah.

10. Borang Permohonan (Google Form) akan dipaparkan dan pemohon dikehendaki mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan.

11. Tekan submit setelah mengisi semua maklumat yang diperlukan. Salinan borang ini akan diemel kepada pemohon dan pemilik peralatan yang berkenaan.

12. Emel berkaitan peminjaman akan dihantar kepada pemohon dan salinan ke pegawai bertanggungjawab (pemilik peralatan)

13. Data yang dipaparkan akan menunjukkan sebagai Permohonan dihantar setelah selesai menghantar borang
(* mohon ‘refresh’ pelayan web anda selepas 3 minit untuk data dipaparkan di ruang ini.)

14. Setelah pegawai bertanggungjawab mengesahkan permohonan, maklumat ini akan dikemaskini dan emel pengesahan akan diterima oleh pemohon dan salinan juga  akan dihantar kepada pegawai bertanggungjawab.

14. Data yang dipaparkan akan dikemaskini sebagai Permohonan diluluskan setelah pegawai bertanggungjawab mengesahkan pemohonan
(* mohon ‘refresh’ pelayan web anda selepas 3 minit untuk data dipaparkan di ruang ini.)

Status Permohonan: 1. Permohonan dihantar, 2. Permohonan diluluskan, 3. Permohonan tidak diluluskan, 4. Permohonan dibatalkan oleh pemohon