Simulasi Fakulti Perubatan

Simulasi Fakulti Perubatan

Faculty of Medicine Simulation

TENTANG KAMI

Sejarah Penubuhan SIM@UKM

SIM@UKM telah ditubuhkan pada tahun 2018 oleh Pengerusi SIM@UKM iaitu Prof. Dr. Hj Ismail Mohd Saiboon dan Prof. Dr. Zaleha Abdullah Mahdy yang merupakan Dekan Fakulti Perubatan pada masa itu.
 
Tujuan utama penubuhan SIM@UKM adalah untuk memusatkan program-program simulasi yang dijalankan di Fakulti Perubatan.
 
Bersempena dengan penubuhan SIM@UKM ini maka terlahirnya Makmal Simulasi Asas di Bangunan Praklinikal di mana Makmal Simulasi Asas ini menempatkan 32 prosedur klinikal berasaskan manikin di 13 bilik pembelajaran. Makmal ini telah dirasmikan oleh Prof. Dato Ir. Dr. Mohd Marzuki bin Mustafa, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa pada 18 Oktober 2019.
SIM_0005
Makmal Simulasi Asas yang terletak di Tingkat 4, Bangunan Praklinikal, Fakulti Perubatan UKM ini adalah untuk memudahkan sesi pengajaran dalam kumpulan kecil, sesi latihan di bawah pengawasan dan juga pembelajaran kendiri (self-directed learning) melalui modul dan video yang disediakan kepada para pengguna dan pelajar khususnya. Bilik-bilik tersebut dilengkapi dengan susun atur peralatan dan perabot yang mencerminkan konsep klinikal disamping kelengkapan komputer. Para pelajar dan pensyarah boleh menempah dan menggunakan bilik-bilik tersebut mengikut kesesuaian masing-masing.

kerangka kerja jawatankuasa sim@ukm

BIL

PERKARA

1

Jawatankuasa kecil pembangunan pelbagai modaliti simulasi yang merangkumi:

i. Program Pesakit Piawai

ii. Prosedur

iii. Simulasi Klinikal Imersif

iv. Maya (VR)

2

Penyelenggaraan pembelajaran kendiri di Makmal Simulasi (BSL)

3

Penubuhan makmal simulasi imersif berteknologi tinggi

4

Khidmat rundingan bagi membangunkan program simulasi oleh jabatan

5

Mewujudkan senarai inventori semua peralatan simulasi

6

Berperanan sebagai penasihat dalam perolehan peralatan simulasi

7

Mempromosikan aktiviti pendidikan berkaitan simulasi di dalam pembangunan Fakulti

8

Penyelarasan aktiviti berkaitan simulasi