Jabatan Fizik Gunaan

Program Sarjana Sains (Kerja Kursus)

 

Ijazah yang ditawarkan:

Pengenalan

Fizik Gunaan merupakan bidang yang mengkaji kedua-dua fizik klasik dan fizik moden serta menggabungkannya untuk aplikasi terkini. Ia merupakan sains yang membolehkan reka bentuk dan operasi terhadap kebanyakan komponen-komponen seharian termasuk cip komputer, laser, sel suria, peralatan perubatan, sensor dan telefon bimbit.

Kurikulum program siswazah Fizik Gunaan mengandungi kursus teras dan kursus pilihan. Kursus teras dibentuk untuk mendedahkan pelajar dengan fizik asas dan mahir dalam komputer, matematik dan instrumentasi. Kursus pilihan boleh diambil daripada senarai kursus-kursus yang ditawarkan supaya pelajar dapat membangunkan bidang pengajian yang diminati. Projek penyelidikan perlu dilakukan sepanjang tempoh pengajian untuk memberi pengalaman melakukan penyelidikan secara individu di bawah penyeliaan pensyarah jabatan. Projek penyelidikan memfokuskan kepada penggunaan fizik dalam menyelesaikan masalah saintifik dan teknologi. Projek penyelidikan bermula dengan melakukan kajian kepustakaan secara intensif dan diikuti dengan melakukan ujikaji dan penyediaan laporan penyelidikan.

Program ini direka bentuk untuk menghasilkan profesional dengan kemampuan yang luas, sesuai untuk karier dalam penyelidikan teknikal atau pengajian siswazah lanjutan. Ia menyediakan latihan graduan dan pengalaman projek penyelidikan yang diperlukan oleh sektor industri, kerajaan dan organisasi R & D.

Bidang penyelidikan dan kepakaran pensyarah di Jabatan Fizik Gunaan adalah merangkumi sains bahan, fizik keadaan pepejal, peranti filem nipis, sains angkasa, dan fizik teori dan komputasi.

Struktur Program

Kursus ini ditawarkan hanya kepada calon sepenuh masa. Calon yang mengikuti program ini dikehendaki lulus sekurang-kurangnya 40 jam kredit kursus terdiri daripada 28 jam kredit kursus wajib (*) dan 12 jam kredit kursus elektif.

Kursus Yang Ditawarkan

Kursus Wajib

  • STPD6014 Kaedah Penyelidikan
  • STSP6014 Kaedah Analisis Berinstrumentasi
  • STSP6023 Mekanik Kuantum Gunaan
  • STSP6033 Kaedah Bermatematik Lanjutan
  • STSP6043 Fizik Komputasi Lanjutan
  • STSP6053 Elektromagnetisme Lanjutan
  • STSP6972 Projek Penyelidikan I
  • STSP6986 Projek Penyelidikan II

Kursus Pilihan

  • STSP6113 Metalurgi Fizik
  • STSP6123 Polimer Termaju
  • STSP6133 Biobahan
  • STSP6153 Bahan dan Teknologi Komposit
  • STSP6163 Pemantauan dan Kawalan Kakisan
  • STSP6173 Sains dan Teknologi Agrobahan
  • STSP6323 Magnetisme dan Kesuperkonduksian
  • STSP6333 Teknologi Filem Nipis
  • STSP6343 Nanoteknologi
  • STSP6383 Sensor dan Sistem Sensor
  • STSP6713 Mekanik Statistik
  • STSP6743 Fizik Angkasa
  • STSP6773 Modifikasi Kimia Kayu

Pengenalan

Tenaga merupakan sumber terpenting bagi kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Dengan demikian pergantungan kepada sumber tenaga lazim seperti minyak, gas dan arang batu semata-mata adalah sesuatu yang dapat mengancam pembangunan negara sekiranya bekalannya terjejas. Penggunaan tenaga lazim juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Oleh itu sumber tenaga boleh diperbaharui perlu diterokai dan ditingkatkan penggunaannya.

Di antara sumber tenaga boleh diperbaharui yang diketengahkan secara aktif di peringkat antarabangsa adalah tenaga suria, tenaga angin, biojisim, biogas, dan hidro. Inisiatif memperkenalkan sumber tenaga diperbaharui, meningkatkan kecekapan tenaga dan pengurusan permintaan tenaga merupakan bidang yang aktif dijalankan.

Teknologi tenaga perlu dimajukan supaya mampu memenuhi permintaan tenaga yang terus meningkat. Namun demikian, untuk merancang dan melaksanakan pembangunan teknologi tenaga secara ekonomi dan berkesan, sejumlah pakar dalam bidang teknologi tenaga adalah diperlukan. Program ini ditawarkan di Jabatan Fizik Gunaan, dengan tenaga pengajar dari jabatan ini serta dari Institut Penyelidikan Tenaga Suria.

Struktur Program

Calon yang mengikuti program ini dikehendaki mendaftar dan lulus 42 jam kredit yang terdiri daripada 30 jam kredit kursus wajib (*) dan 12 jam kredit kursus elektif.

Kursus Yang Ditawarkan

Kursus Wajib

  • STPD6014 Kaedah Penyelidikan
  • STSF6013 Bahan Pengubah Tenaga
  • STSF6023 Reka Bentuk Konsep Sistem Tenaga
  • STSF6033 Falsafah, Polisi dan Isu Dalam Tenaga
  • STSF6063 Tenaga dan Alam Sekitar
  • STSF6073 Pengurusan dan Ekonomi Tenaga
  • STSF6083 Kawalan dan Instrumen Tenaga
  • STSF6972 Projek Penyelidikan I
  • STSF6986 Projek Penyelidikan II

Kursus Pilihan

  • STSF6113 Teknologi Bateri
  • STSF6133 Teknologi Fotovolta
  • STSF6173 Teknologi Terma Suri

Pengenalan

Program ini adalah berdasarkan kepada penilaian berterusan semua kursus yang diberi. Bagi kerja-kerja amali, pelajar diwajibkan menghantar laporan makmal. Seminar dan lawatan industri (walaupun tidak dikira unitnya) adalah wajib. Program ini ditawarkan secara sepenuh masa sahaja dan hanya ditawarkan sekali dalam setiap sesi pengajian.

Objektif Program

  1. Untuk menyediakan dan mengeluarkan modal insan yang kompeten, tenaga mahir dan profesional dalam bidang keselamatan sinaran dan nuklear sejajar dengan pembangunan pesat teknologi sinaran dan nuklear dalam sektor industri, perubatan dan kesihatan di seluruh dunia.
  2. Menyediakan wahana bagi meningkatkan kecemerlangan akademik di dalam bidang keselamatan sinaran dan nuklear.
  3. Menjadikan Malaysia sebagai satu hub pendidikan tinggi dalam bidang keselamatan sinaran dan nuklear.

Struktur Program

Calon yang mengikuti program ini dikehendaki mengikuti struktur kurikulum di mana ianya mengandungi 44 jam kredit. Pelajar wajib lulus kesemua 44 jam kredit untuk dianugerahkan Sarjana dan tertakluk kepada Peraturan Pengajian Siswazah Untuk Program Sarjana (lihat dalam Peraturan Pengajian Siswazah dan Jadual kepada Peraturan Pengajian Siswazah terbitan Pusat Pengurusan Siswazah, UKM).

sarjana-sains-keselamatan-sinaran-dan-nuklear-kursus

Kursus Yang Ditawarkan

  • STPD6014 Kaedah Penyelidikan
  • STSN6012 Salingtindak Sinaran dengan Jirim
  • STSN6052 Campurtangan bagi Perlindungan Awam
  • STSN6132 Kawalan Pengaturan
  • STSN6142 Kejuruteraan Sekitaran Kuasa Nuklear
  • STSN6212 Kuantiti dan Pengukuran
  • STSN6222 Penilaian Dedahan Dalaman
  • STSN6312 Kesan Sinaran Mengion ke atas Sistem Biologi
  • STSN6322 Keselamatan Nuklear, Sekuriti dan Kawal Gunaan
  • STSN6412 Pengurusan Sisa Radioaktif
  • STSN6422 Prinsip Perlindungan Sinaran
  • STSN6512 Dedahan dalam Perubatan
  • STSN6522 Kaedah Perlindungan Dedahan Pekerjaan
  • STSN6614 Amali I
  • STSN6624 Amali II
  • STSN6972 Projek Penyelidikan I
  • STSN6986 Projek Penyelidikan II

Pengenalan

UKM merupakan universiti pelopor dalam bidang ini sejak tahun 1999. Bidang-bidang ilmu teras yang penting dalam program ini ialah sistem pengurusan keselamatan pekerjaan, penaksiran hazard dan risiko, keselamatan kebakaran dan bahan letupan, ergonomik, psikologi industri dan organisasi, keselamatan kimia dan sinaran, keselamatan elektrik dan mekanik, keselamatan alam sekitar dan biologi serta undang-undang industri dan alam sekitar.

Semua kandungan kursus disampaikan kepada pelajar menerusi perkuliahan, amali, kerja lapangan, lawatan industri dan projek penyelidikan. Penilaian kursus dijalankan secara peperiksaan dan kuiz, tugasan, laporan amali, laporan kerja lapangan, laporan projek penyelidikan dan pembentangan lisan. Program ini ditawarkan secara mod eksekutif sahaja dan hanya ditawarkan sekali dalam setiap sesi pengajian.

Struktur Program

Program ini hanya ditawarkan secara mod eksekutif dan dijalankan mengikut sistem semester, iaitu 3 semester dilaksanakan pada setiap hujung minggu. Pelajar dikehendaki mengikuti kursus teras yang secara keseluruhannya membawa 40 jam kredit NCH.

sarjana-sains-pengurusan-keselamatan-industri

Kursus Yang Ditawarkan

  • Z1LK 6013 Undang- undang Industri dan Alam Sekitar
  • Z1LK 6023 Mengenalpasti Hazard dan Penaksiran Risiko
  • Z1LK 6033 Pengurusan Keselamatan Pekerjaan
  • Z1LK 6043 Psikologi Industri dan Organisasi Lanjutan
  • Z1LK 6053 Pengurusan Kesihatan Pekerjaan
  • Z1LK 6063 Pencegahan Kebakaran, Letupan dan Pelepasan Bahan Toksik
  • Z1LK 6073 Ergonomik
  • Z1LK 6123 Pengurusan Keselamatan Elektrik dan Mekanik
  • Z1LK 6173 Pengurusan Keselamatan Kimia dan Sinaran
  • Z1LK 6193 Pengurusan Keselamatan Alam Sekitar dan Biologi
  • Z1LK 6014 Projek Penyelidikan 1
  • Z1LK 6016 Projek Penyelidikan 2