Jabatan Fizik Gunaan

Doktor Falsafah (PhD)

 

Bidang Penyelidikan

Penyelidikan yang dijalankan di Jabatan Fizik Gunaan memberi tumpuan dalam tujuh bidang berikut:

  1. Bioinformatik
  2. Biofizik
  3. Fizik
  4. Nanoteknologi
  5. Pengurusan Keselamatan Industri
  6. Sains Bahan
  7. Sains Nuklear

 

Struktur Program

Setiap pelajar yang mengikuti program ini dikehendaki mendaftar dan lulus kursus STPD6014 Kaedah Penyelidikan dan juga pendaftaran tesis setiap semester sehingga tamat pengajian. Pelajar perlu menjadualkan pertemuan dengan Penyelia atau Jawatankuasa Penyeliaan tidak kurang daripada 40 jam pertemuan setiap semester bagi pelajar sepenuh masa dan 20 jam pertemuan setiap semester bagi pelajar separuh masa. Hasil penyelidikan ditulis sebagai sebuah tesis.

Pelajar mesti memenuhi syarat-syarat bergraduat yang ditetapkan oleh fakulti.

Pelajar perlu menerbitkan sekurang-kurangnya dua (2) makalah dalam jurnal berindeks Web of Science (WOS) dalam bidang berkaitan dengan penyelidikan Doktor Falsafah bersama Penyelia atau Jawatankuasa Penyeliaan