Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar

Program Sarjana Sains (Kerja Kursus)

 

Ijazah yang ditawarkan:

Pengenalan

Perkembangan dalam teknologi ujian ‘in situ’, sejak dua dekad yang lalu, amatlah pesat sekali terutama dalam sektor kejuruteraan awam dan sekitaran. Pelbagai teknik ujian dan pencirian bahan telah diperkenalkan termasuklah teknik geofizik kejuruteraan dan sekitaran. Keberkesanan, kejituan, kecepatan dan kos operasi yang relatif rendah, menjadikan teknik geofizik sangat penting dijalankan dalam sesuatu penyiasatan tapak dan kerja-kerja pemantauan alam sekitar. Terdapat pelbagai kaedah geofizik yang boleh digunakan untuk mendapatkan parameter kejuruteraan bahan di bawah permukaan bumi dan bidang ini memerlukan ahli geofizik yang bukan sahaja mahir tetapi cukup berpengalaman untuk mentafsir data geofizik yang diukur langsung daripada lapangan.

Program ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada satu latihan kemahiran dalam pelbagai aspek bidang geofizik kejuruteraan dan sekitaran iaitu daripada perolehan, pemprosesan dan pentafsiran data serta pemahaman konsep asas kepada pemakaian teknik-teknik geofizik terkini. Teras utama kursus ini adalah untuk menampung keperluan tenaga mahir geofizik dalam industri kejuruteraan awam dan sekitaran. Kursus ini diadun sedemikian rupa untuk membolehkan pelajar memperolehi kemahiran dan kepakaran yang diinginkan oleh pihak kerajaan dan swasta.

Struktur Program

Program sarjana sains yang ditawarkan ini adalah merupakan satu program secara kerja kursus yang memerlukan 12 bulan (2 semester). Calon perlu melengkapkan sejumlah 40 jam kredit, yang terdiri daripada 19 jam kredit kursus wajib dan 21 jam kredit kursus pilihan. Calon-calon adalah digalakkan mengembangkan minat masing-masing melalui projek penyelidikan yang dimulakan dari semester pertama dan akan diselia oleh kakitangn akdemik UKM bersama para pakar dan saintis daripada institusi yang terlibat. Calon dikehendaki menyerahkan Laporan Projek Penyelidikan di akhir semester kedua untuk dinilai.

sarjana-sains-geofizik-kejuruteraan-dan-persekitaran-kursus

Kursus Yang Ditawarkan

  • STPD6014 Kaedah Penyelidikan
  • STAP6073 Sistem Pengurusan Persekitaran
  • STAP6974 Projek Penyelidikan I
  • STAP6986 Projek Penyelidikan II
  • STAG6314 Geofizik Kejuruteraan
  • STAG6324 Geofizik Persekitaran
  • STAG6334 Geofizik Instrumentasi & Lapangan
  • STAG6343 Pemprosesan Data Geofizik
  • STAG6353 Pentafsiran Data Geofizik
  • STAG6363 Hidrogeologi dan Proses Pencemaran

Pengenalan

Pembangunan sesebuah negara melibatkan pembinaan infrastruktur seperti empangan, lebuh raya, kompleks industri serta pelabuhan dan lapangan terbang. Pembinaan tersebut melibatkan interaksi di antara bahan dan jasad bumi dengan binaan. Pencirian bahan dan jasad bumi memainkan peranan penting dalam mempengaruhi penggunaan, keselamatan dan keberkesanan ekonomi binaan yang dibangunkan. Dalam usaha Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, pembinaan sedemikian rupa dijangka bertambah dengan pesat. Pada masa yang sama, tapak dan kawasan yang mungkin kurang sesuai perlu juga dibangunkan. Satu daripada input penting bagi perlaksanaan pembinaan yang selamat adalah input geologi kejuruteraan.

Program Sarjana Sains (Geologi Kejuruteraan) ini bertujuan melatih ahli geologi kejuruteraan yang berkebolehan menangani dan mengatasi masalah yang mungkin wujud dalam pembinaan dan mencadangkan penyelesaian yang selamat dan berekonomi. Program ini akan mempertingkatkan pengetahuan ahli geologi kejuruteraan dalam melaksankan penyiasatan dan kajian tersebut di bahagian permukaan bumi dan juga di bawah tanah.

Struktur Program

Program sarjana sains yang ditawarkan ini adalah merupakan satu program secara kerja kursus yang memerlukan 12 bulan (2 semester). Calon perlu melengkapkan sejumlah 40 jam kredit, yang terdiri daripada 19 jam kredit kursus wajib dan 21 jam kredit kursus pilihan. Calon-calon adalah digalakkan mengembangkan minat masing-masing melalui projek penyelidikan yang dimulakan dari semester pertama dan akan diselia oleh kakitangn akdemik UKM bersama para pakar dan saintis daripada institusi yang terlibat. Calon dikehendaki menyerahkan Laporan Projek Penyelidikan di akhir semester kedua untuk dinilai.

sarjana-sains-geologi-kejuruteraan-kursus

Kursus Yang Ditawarkan

  • STPD6014 Kaedah Penyelidikan
  • STAP6073 Sistem Pengurusan Persekitaran
  • STAG6083 Hidrogeologi
  • STAP6092 Etika Persekitaran
  • STAG6213 Geologi Kejuruteraan
  • STAG6224 Kejuruteraan Tanah
  • STAG6234 Kejuruteraan Batuan
  • STAG6244 Penyiasatan Geobencana
  • STAG6314 Geofizik Kejuruteraan
  • STAP6974 Projek Penyelidikan I
  • STAP6986 Projek Penyelidikan II

Pengenalan

Pemeliharaan kualiti alam sekitar merupakan salah satu aspek penting dalam kerangka pembangunan Malaysia berlandaskan Deklarasi Langkawi 1989 dan Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (UNDEP) pada tahun 1992 di Rio de Janeiro, Brazil. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pula menekankan pembangunan mapan perlu diterapkan dalam setiap program pembangunan negara.

Program Sarjana Sains (Penilaian dan Pemantauan Persekitaran) dikendalikan secara kerja kursus selama 2 semester. Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan sumber tenaga manusia yang kompeten dan berkemahiran dalam bidang Penilaian dan Pemantauan Persekitaran sejajar dengan pembangunan negara yang pesat seperti sektor minyak dan gas, infrastruktur dan bidang-bidang yang melibatkan pembangunan negara.

Struktur Program

Program sarjana sains yang ditawarkan ini adalah merupakan satu program secara kerja kursus yang memerlukan 12 bulan (2 semester). Calon perlu melengkapkan sejumlah 40 jam kredit, yang terdiri daripada 23 jam kredit kursus wajib dan 17 jam kredit kursus pilihan. Calon-calon adalah digalakkan mengembangkan minat masing-masing melalui projek penyelidikan yang dimulakan dari semester pertama dan akan diselia oleh kakitangn akdemik UKM bersama para pakar dan saintis daripada institusi yang terlibat. Calon dikehendaki menyerahkan Laporan Projek Penyelidikan di akhir semester kedua untuk dinilai.

sarjana-sains-penilaian-dan-pemantauan-persekitaran-kursus

Kursus Yang Ditawarkan

  • STPD6014 Kaedah Penyelidikan
  • STAP6064 Sistem Maklumat Geografi dan Penderiaan Jauh
  • STAP6073 Sistem Pengurusan Persekitaran
  • STAP6092 Etika Persekitaran
  • STAP6974 Projek Penyelidikan I
  • STAP6986 Projek Penyelidikan II
  • STAB6054 Etika dan Perundangan Pemuliharaan
  • STAB6084 Ekonomi Sumber Asli dan Alam Sekitar
  • STAE6013 Pengurusan Ekosistem Tasik dan Tanah Bencah
  • STAE6303 Prosedur dan Teknik Penilaian Impak Alam Sekitar
  • STAE6323 Penilaian dan Pemantauan Kualiti Air dan Udara

Pengenalan

Sebagai sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam yang terulung di Malaysia, UKM telah mula mengorak langkah dengan mengalakkan pusat-pusat pengajiannya menawarkan pengajian sains lanjutan pasca-siswazah. UKM juga merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi awam yang mempelopori program pengajian sains laut di peringkat prasiswazah. Program pengajian sains laut ini, sejak mula ditubuhkan pada tahun 1985 telah menawarkan berbagai kursus yang merangkumi segala aspek fizikal, kimia dan biologi marin di bawah kampus cawangan UKM di Kota Kinabalu, Sabah. Program ini telah berpindah ke kampus induk UKM di Bangi pada akhir tahun 1995 dan sekarang beroperasi dalam Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi.

Semenjak penubuhannya, Program Sains Laut UKM telah mengalami perkembangan dari aspek bilangan kakitangan akademik, kepakaran, bilangan pelajar dan prasarana pengajaran dan penyelidikan. Kini ahli akademik Program Sains Laut UKM telah dapat mencipta nama di peringkat Kebangsaan dan antarabangsa dalam beberapa bidang seperti kajian kepelbagaian organisma marin, sains perikanan dan ekologi ikan, kajian masalah algae beracun, mikrobiologi dan bioteknologi marin dan kajian iklim khususnya yang berkait dengan fenomena El Nino dan La Nina. Pengiktirafan ini dapat diukur berdasarkan peranan ahli akademik program sebagai pemimpin atau koordinator beberapa program serantau anjuran JSPS, IAEA dan IOC. Beberapa orang ahli akademik program ini juga sering mendapat jemputan atau memberi ceramah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dengan kemajuan yang telah dicapai dalam pengajaran dan penyelidikan, Program Sains Laut UKM kini bersedia untuk menawarkan program pengajian pasca-siswazah dalam sains marin.

Struktur Program

Program sarjana sains yang ditawarkan ini adalah merupakan satu program secara kerja kursus yang memerlukan 12 bulan (2 semester). Calon perlu melengkapkan sejumlah 40 jam kredit, yang terdiri daripada 18 jam kredit kursus wajib dan 22 jam kredit kursus pilihan. Calon-calon adalah digalakkan mengembangkan minat masing-masing melalui projek penyelidikan yang dimulakan dari semester pertama dan akan diselia oleh kakitangn akdemik UKM bersama para pakar dan saintis daripada institusi yang terlibat. Calon dikehendaki menyerahkan Laporan Projek Penyelidikan di akhir semester kedua untuk dinilai.

sarjana-sains-sains-marin-kursus

Kursus Yang Ditawarkan

  • STPD6014 Kaedah Penyelidikan
  • STAP6064 Sistem Maklumat Geografi dan Penderiaan Jauh
  • STAP6974 Projek Penyelidikan I
  • STAP6986 Projek Penyelidikan II
  • STAL6013 Ekologi Marin Lanjutan
  • STAL6023 Marikultur
  • STAL6033 Mikrobiologi dan Bioteknologi Marin
  • STAL6034 Kaedah Analisis Data Dalam Sains Marin
  • STAL6043 Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Marin
  • STAL6103 Kimia Marin Lanjutan
  • STAL6213 Oseanografi Pesisir Pantai dan Estuari