Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi

Program Sarjana Sains (Kerja Kursus)

Ijazah yang ditawarkan:

Pengenalan

Biologi Pemuliharaan telah muncul sebagai satu cabang sains yang amat penting untuk mengatasi krisis alam sekitar dengan aktiviti manusia sedang menyebabkan kepupusan spesies secara besar-besaran dan juga kehilangan ekosistem di seluruh dunia. Program Biologi Pemuliharaan menyajikan kurikulum antara disiplin yang menyepadukan pemahaman kepelbagaian biologi dengan perkembangan ekonomi dan sosial. Program ini diajar secara bersama oleh ahli-ahli daripada pelbagai disiplin yang mempunyai minat yang sama iaitu memulihara alam dan sumber tabiinya. Kaedah pendekatan yang meluas akan membolehkan para siswazah dapat menceburi pelbagai bidang pekerjaan termasuk perundingan, penyelidikan polisi, perancangan dan pengurusan tanah serta penyelidikan dan pengajaran. Program ini juga bertujuan untuk menarik minat ahli profesional yang sedang bertugas untuk memperbaharui ataupun mendapatkan kemahiran dalam bidang biologi pemuliharaan.

Struktur Program

Program sarjana sains yang ditawarkan ini adalah merupakan satu program secara kerja kursus yang memerlukan 12 bulan (2 semester). Calon perlu melengkapkan sejumlah 40 jam kredit, yang terdiri daripada 25 jam kredit kursus wajib dan 15 jam kredit kursus pilihan. Calon-calon adalah digalakkan mengembangkan minat masing-masing melalui projek penyelidikan yang dimulakan dari semester pertama dan akan diselia oleh kakitangn akdemik UKM bersama para pakar dan saintis daripada institusi yang terlibat. Calon dikehendaki menyerahkan Laporan Projek Penyelidikan di akhir semester kedua untuk dinilai.

Kursus Yang Ditawarkan

  • STPD6014 Kaedah Penyelidikan
  • STAP6014 Penerokaan Sumber Alam
  • STAP6033 Biogeografi
  • STAP6064 Sistem Maklumat Geografi dan Penderiaan Jauh
  • STAP6974 Projek Penyelidikan I
  • STAP6986 Projek Penyelidikan II
  • STAB6013 Biologi Pemuliharaan
  • STAB6034 Ekologi Populasi dan Komuniti
  • STAB6054 Etika dan Perundangan Pemuliharaan
  • STAB6084 Ekonomi Sumber Asli dan Alam Sekitar

Pengenalan

Entomologi adalah satu bidang sains yang mengkhusus kepada pembelajaran dan kajian terhadap segala aspek berkaitan dengan serangga. Kepentingannya kepada manusia dan alam sejagat amat ketara kerana dunia yang semakin tidak bersempadan dan serba canggih sekarang, di mana manusia dapat pergi daripada satu negara ke negara lain dengan mudah yang secara tidak langsung mereka boleh membawa serangga perosak dan serangga bawaan penyakit yang merbahaya bersama-sama mereka. Selain daripada itu kesan pembangunan fisikal yang secara langsung mengubah ekosistem, lanskap dan habitat serangga tersebut selalunya menyumbang kepada kemerosotan tahap kepelbagaian serangga, kehilangan spesies serangga yang sensitif kepada gangguan dan yang terpenting sekali menggalakkan serangga yang mulanya dapat hidup secara harmoni dengan manusia dan alam sekitarnya kepada tahap yang boleh mengganggu gugat kesejahteraan hidup manusia. Oleh kerana itu adalah menjadi satu kewajipan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia memainkan peranan untuk melatih serta menghasilkan graduan di peringkat Sarjana Sains (Entomologi) yang mempunyai pengetahuan yang mahir dengan pengetahuan dan permasalahan yang berkaitan dengan serangga.

Program Sarjana Sains (Entomologi) secara kursus dan tesis ini disediakan bagi calon-calon yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Kaji Serangga secara sepenuh masa (setahun) atau separuh masa (dua tahun). Program yang disajikan memberi peluang pelajar-pelajar menghargai, memahami dan mempelajari segala aspek berkaitan ilmu kaji serangga terutama yang berkaitan dengan peranan dan sumbangan serangga terhadap bidang sains berkaitan secara umumnya, kestabilan ekosistem, kesejahteraan manusia dan alam sejagat. Untuk mencapai hasrat ini pelajar-pelajar dikehendaki mengambil kursus wajib (teras) dan kursus pilihan yang kesemuanya berkaitan dengan bidang kaji serangga. Pelajar-pelajar juga dikehendaki menjalankan kerja-kerja penyelidikan pendek sesuai dengan had masa setahun pengajian mereka. Adalah diharapkan dengan mengikuti kursus-kursus ini mereka boleh melengkapi diri mereka dalam bidang pengkhususan Sarjana Sains (Entomologi) di samping menyediakan diri mereka apabila keluar bekerja nanti dan juga sebagai asas kepada perlanjutan pengajian mereka ke tahap Doktor Falsafah mengkhusus dalam bidang yang sama atau yang berkaitan.

Struktur Program

Program sarjana sains yang ditawarkan ini adalah merupakan satu program secara kerja kursus yang memerlukan 12 bulan (2 semester). Calon perlu melengkapkan sejumlah 40 jam kredit, yang terdiri daripada 17 jam kredit kursus wajib dan 23 jam kredit kursus pilihan. Calon-calon adalah digalakkan mengembangkan minat masing-masing melalui projek penyelidikan yang dimulakan dari semester pertama dan akan diselia oleh kakitangan akademik UKM bersama para pakar dan saintis daripada institusi yang terlibat. Calon dikehendaki menyerahkan Laporan Projek Penyelidikan di akhir semester kedua untuk dinilai.

sarjana-sains-entamologi-kursus-1

Kursus Yang Ditawarkan

  • STPD6014 Kaedah Penyelidikan
  • STAP6974 Projek Penyelidikan I
  • STAP6986 Projek Penyelidikan II
  • STAB6614 Sistematik Serangga
  • STAB6624 Ekologi Serangga
  • STAB6633 Morfologi dan Anatomi Serangga
  • STAB6644 Pengurusan Serangga Perosak
  • STAB6654 Fisiologi Serangga
  • STAB6664 Entomologi Perubatan dan Bandar
  • STAB6673 Entomologi Molekul

Pengenalan

Program Pengurusan Sumber Genetik Tumbuhan menawarkan kurikulum secara multi-disiplin dengan tujuan melahirkan graduan yang mempunyai kepakaran teori yang mendalam dan kemahiran praktikal yang diperlukan untuk mengurus sumber genetik tumbuhan secara lestari. Program ini diajar oleh ahli-ahli daripada fakulti, dan disokong oleh kerjasama dan input daripada Bioversity International dan institusi penyelidikan negara penting seperti FRIM, MPOB, MARDI and MRB. Kaedah ini memberikan para graduan peluang untuk menceburi pelbagai bidang pekerjaan berkaitan pengurusan sumber genetik tumbuhan dalam pertanian, perhutanan, bioteknologi serta aktiviti-aktiviti hilirannya. Program ini juga bertujuan untuk menarik minat ahli-ahli profesional yang sedang bertugas untuk menambah ilmu saintifik bagi tujuan penyelidikan dan pengajaran.

 

Struktur Program

Program sarjana sains yang ditawarkan ini adalah merupakan satu program secara kerja kursus yang memerlukan 12 bulan (2 semester). Calon perlu melengkapkan sejumlah 40 jam kredit, yang terdiri daripada 23 jam kredit kursus wajib dan 17 jam kredit kursus pilihan. Calon-calon adalah digalakkan mengembangkan minat masing-masing melalui projek penyelidikan yang dimulakan dari semester pertama dan akan diselia oleh kakitangn akdemik UKM bersama para pakar dan saintis daripada institusi yang terlibat. Calon dikehendaki menyerahkan Laporan Projek Penyelidikan di akhir semester kedua untuk dinilai.

sarjana-sains-pengurusan-sumber-genetik-tumbuhan-kursus

Kursus Yang Ditawarkan

  • STPD6014 Kaedah Penyelidikan
  • STAP6033 Biogeografi
  • STAP6043 Kepelbagaian dan Sistematik Tumbuhan
  • STAP6073 Sistem Pengurusan Persekitaran
  • STAP6974 Projek Penyelidikan I
  • STAP6986 Projek Penyelidikan II
  • STAB6013 Biologi Pemuliharaan
  • STAB6143 Botani Ekonomi dan Etnobotani
  • STAB6903 Kepelbagaian Sumber Genetik Tumbuhan
  • STAB6914 Pembiakbakaan Tumbuhan
  • STAB6924 Bioteknologi Tumbuhan Lanjutan

Pengenalan

Sebagai disiplin biologi yang paling asas dan penting, bidang sistematik tumbuhan adalah komponen yang sangat penting dalam menyokong kajian kepelbagaian biologi sesuatu kawasan. Minat terhadap bidang taksonomi tumbuhan dan ekologi di rantau Asia semakin meningkat kerana ia sesuai dengan usaha-usaha memajukan bidang pertanian, makanan, perhutanan, farmaseutikal dan juga usaha-usaha untuk melestarikan pembangunan alam sekitar. Program ini diharapkan akan membantu menghasilkan siswazah terlatih yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang kukuh dalam bidang taksonomi dan sistematik.

Pelajar yang mengikuti kursus ini akan didedahkan kepada asas-asas penting dan kaedah terkini di dalam sistematik tumbuhan. Ini diperkemaskan lagi dengan penyelidikan yang akan dijalankan bagi mendedahkan mereka kepada kaedah-kaedah yang dipelajari di dalam kuliah. Universiti mempunyai berbagai kepakaran di dalam sistematik tumbuhan dan kekuatan penyelidikan serta kakitangan para taksonomi yang berpengalaman. Universiti juga mempunyai sumber dan pusat-pusat penyelidikan yang sangat baik untuk menyokong program ini. Herbarium Mohd. Kassim Rajab (UKMB) yang diasaskan pada tahun 1970 mempunyai lebih 50,000 spesimen dari seluruh Malaysia dengan rujukan taksonomi yang lengkap dan pengkalan data koleksi, pemuliharaan, kegunaan dan pengurusan data tumbuhan Malaysia yang terkini. Koleksi herbarium disokong dengan koleksi hidup pteridofit di Taman Paku Pakis dan 81 ha Hutan Simpan Kekal UKM Bangi di kawasan berdekatan yang senang dilawati oleh pelajar. Universiti juga mempunyai stesen Kajian Bukit Fraser untuk kajian dan pembelajaran ekosistem tanah tinggi. Kemudahan asas yang lain seperti rumah kaca, plot eksperimen, mikroskopi elektron juga disediakan.

  Struktur Program

Program sarjana sains yang ditawarkan ini adalah merupakan satu program secara kerja kursus yang memerlukan 12 bulan (2 semester). Calon perlu melengkapkan sejumlah 40 jam kredit, yang terdiri daripada 20 jam kredit kursus wajib dan 20 jam kredit kursus pilihan. Calon-calon adalah digalakkan mengembangkan minat masing-masing melalui projek penyelidikan yang dimulakan dari semester pertama dan akan diselia oleh kakitangn akdemik UKM bersama para pakar dan saintis daripada institusi yang terlibat. Calon dikehendaki menyerahkan Laporan Projek Penyelidikan di akhir semester kedua untuk dinilai.

sarjana-sains-sistematik-tumbuhan-kursus

Kursus Yang Ditawarkan

  • STPD6014 Kaedah Penyelidikan
  • STAP6033 Biogeografi
  • STAP6043 Kepelbagaian dan Sistematik Tumbuhan
  • STAP6974 Projek Penyelidikan I
  • STAP6986 Projek Penyelidikan II
  • STAB6013 Biologi Pemuliharaan
  • STAB6123 Pengurusan Data dan Sumber Taksonomi
  • STAB6134 Filogeni, Kepelbagaian dan Taksonomi Kriptogam
  • STAB6143 Botani Ekonomi dan Etnobotani
  • STAB6153 Mikromorfologi dan Anatomi Tumbuhan
  • STAB6174 Prinsip dan Kaedah Pembinaan Semula Filogeni