Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi

Program Sarjana Sains (Penyelidikan)

 

Bidang penyelidikan

Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi menawarkan penyelidikan dalam bidang seperti Struktur dan Fungsi Gen, Genomik dan Bioinformatik, Biokimia, Biologi Molekul, Sains Haiwan, Biologi Struktur, Bioteknologi Tumbuhan, Interaksi Mikrob-perumah, Bioteknologi Persekitaran, Biologi Perkembangan, Transduksi Isyarat, Biologi Sebatian Semulajadi, Biologi Sel Mamalia dan Teknologi Fermentasi. Setiap bidang penyelidikan menjana pengetahuan dan teknologi baru yang disasarkan kepada pembangunan bioteknologi negara.

 

Ijazah yang ditawarkan

  1. Sarjana Sains (Biokimia)
  2. Sarjana Sains (Biologi Molekul)
  3. Sarjana Sains (Bioteknologi Tumbuhan)
  4. Sarjana Sains (Botani)
  5. Sarjana Sains (Genetik)
  6. Sarjana Sains (Mikrobiologi)
  7. Sarjana Sains (Sains Haiwan)
  8. Sarjana Sains (Sains Tumbuhan)
  9. Sarjana Sains (Zoologi)
  10. Sarjana Sains (Biologi)

 

Struktur Program

Setiap pelajar yang mengikuti program ini dikehendaki mendaftar dan lulus 8-14 jam kredit kursus termasuk kursus wajib iaitu kursus STPD6014 Kaedah Penyelidikan dan juga pendaftaran tesis setiap semester sehingga tamat pengajian. Pelajar perlu menjadualkan pertemuan dengan penyelia atau jawatankuasa penyeliaan tidak kurang daripada 26 jam pertemuan setiap semester bagi pelajar sepenuh masa dan 13 jam pertemuan setiap semester bagi pelajar separuh masa. Hasil penyelidikan ditulis sebagai sebuah tesis.

Pelajar mesti memenuhi syarat-syarat bergraduat yang ditetapkan oleh fakulti.

Pelajar perlu menerbitkan sekurang-kurangnya satu (1) makalah dalam jurnal berindeks Web of Science (WOS) dalam bidang berkaitan dengan penyelidikan Sarjana Sains bersama Penyelia atau Jawatankuasa Penyeliaan