Jabatan Sains Kimia

Ijazah yang ditawarkan:

Sarjana Sains Kimia

Program Sarjana Sains (Kimia) secara kerja kursus menyajikan satu pakej yang lebih menarik terutama sekali dari segi tempoh minimum yang hanya 2 -4 semester untuk sepenuh masa. Program ini disediakan untuk menarik lebih ramai calon-calon dari industri, kolej swasta, institut penyelidikan dan juga badan kerajaan yang mempunyai masa yang terhad untuk cuti belajar. Pelajar lulusan Program Sarjana Sains (Kimia) ini akan dapat memberi sumbangan dan memainkan peranan yang berkesan dalam kemajuan dan pembangunan sains dan teknologi negara selaras dengan prinsip pembangunan negara.

 

Pengenalan

Program Sarjana secara tesis tertumpu sepenuhnya kepada kerja penyelidikan yang bertujuan untuk melatih lebih ramai saintis yang berkemampuan menjalankan penyelidikan asas dan gunaan dalam usaha mempertingkatkan penyelidikan di UKM. Bidang-bidang pengkhususan kimia yang ditawarkan untuk program siswazah secara kerja tesis adalah hasilan semulajadi, kimia organik, kimia analisis, kimia alam sekitar, sintesis sebatian tak organik, pemangkinan, kimia minyak dan lemak serta polimer yang merangkumi polimer hijau seperti termoplastik getah asli; polimer termoset; polimer sintetik dan komposit polimer.

Program Sarjana Sains (Kimia) secara kerja kursus pula menyajikan satu pakej yang lebih menarik terutama sekali dari segi tempoh minimum yang hanya 2 semester untuk sepenuh masa dan 4 semester secara separuh masa. Program ini disediakan untuk menarik lebih ramai calon-calon dari industri, kolej swasta, institut penyelidikan dan juga badan kerajaan yang mempunyai masa yang terhad untuk cuti belajar. Pelajar lulusan Program Sarjana Sains (Kimia) ini akan dapat memberi sumbangan dan memainkan peranan yang berkesan dalam kemajuan dan pembangunan sains dan teknologi negara selaras dengan prinsip pembangunan negara.

Struktur Program

Pelajar-pelajar yang mengikuti program Sarjana Sains (Kimia) secara kerja kursus dikehendaki mendaftar dan lulus sekurang-kurangnya 40 jam kredit kursus sepanjang pengajian. Jadual berikut menunjukkan kursus-kursus wajib dan pelengkap program yang perlu diambil oleh pelajar.

Kursus Yang Ditawarkan

  • STPD6014 Kaedah Penyelidikan
  • STKK6113 Kimia Kuantum
  • STKK6123 Kimia Polimer Lanjutan
  • STKK6142 Elektrokimia
  • STKK6313 Mekanisme Tindak Balas Tak Organik
  • STKK6323 Kimia Tak Organik Gunaan
  • STKK6342 Kimia Tak Organik Fizik
  • STKK6513 Sintesis Organik
  • STKK6523 Spektroskopi Kimia Organik
  • STKK6542 Kinetik dan Mekanisme Tindak Balas
  • STKK6713 Prinsip Reka Bentuk Instrumen Analisis
  • STKK6723 Sistem Pengurusan Kimia
  • STKK6762 Analisis Permukaan
  • STKK6972 Projek Penyelidikan I
  • STKK6986 Projek Penyelidikan II