Jabatan Sains Kimia

Doktor Falsafah (PhD)

 

Bidang Penyelidikan

Penyelidikan yang dijalankan di Jabatan Sains Kimia memberi tumpuan dalam dua bidang berikut:

  1. Kejuruteraan Kimia
  2. Kimia

 

Struktur Program

Setiap pelajar yang mengikuti program ini dikehendaki mendaftar dan lulus kursus STPD6014 Kaedah Penyelidikan dan juga pendaftaran tesis setiap semester sehingga tamat pengajian. Pelajar perlu menjadualkan pertemuan dengan Penyelia atau Jawatankuasa Penyeliaan tidak kurang daripada 40 jam pertemuan setiap semester bagi pelajar sepenuh masa dan 20 jam pertemuan setiap semester bagi pelajar separuh masa. Hasil penyelidikan ditulis sebagai sebuah tesis.

Pelajar mesti memenuhi syarat-syarat bergraduat yang ditetapkan oleh fakulti.

Pelajar perlu menerbitkan sekurang-kurangnya dua (2) makalah dalam jurnal berindeks Web of Science (WOS) dalam bidang berkaitan dengan penyelidikan Doktor Falsafah bersama Penyelia atau Jawatankuasa Penyeliaan