Jabatan Sains Makanan

Program Sarjana Sains (Kerja Kursus)

 

Ijazah yang ditawarkan:

Pengenalan

Program Sains Makanan menawarkan Sarjana Sains secara tesis dan kerja kursus. Bidang pengkhususan ini mempunyai kaitan yang rapat dengan aktiviti pengeluaran makanan bermula daripada ianya dituai atau disembelih sehinggalah dipasarkan dan sampai kepada pengguna dalam keadaan yang selamat dan memenuhi keperluan dan citarasa pengguna.

Program ini penting dari segi kesinambungan dan penambahan ilmu bagi pelajar yang ingin meneruskan pengajian di peringkat Doktor Falsafah yang mengikuti penyelidikan sepenuhnya. Siswazah yang dikeluarkan akan dilengkapi dengan pengetahuan yang kukuh dalam bidang Sains Makanan dan Pemakanan. Adalah diharapkan siswazah ini juga mampu menggunakan pengetahuan ini dalam penyelidikan dan penghasilan produk baru yang berkhasiat, memantau kualiti dan keselamatan makanan, dapat menyumbang dalam perkembangan dasar makanan dan pemakanan negara, membantu melaksanakan peraturan-peraturan makanan dan juga program pendidikan sains makanan dan pemakanan.

Struktur Program

Setiap pelajar yang mendaftar program ini dikehendaki mendaftar dan lulus 40 jam kredit sebagai syarat untuk mendapatkan ijazah. Daripada 40 jam kredit tersebut, 29 jam kredit adalah kursus wajib dan 11 jam kredit kursus pilihan. Pelajar boleh memilih mana-mana kursus pilihan yang disenaraikan untuk memenuhi keperluan jam kredit kursus tersebut.

Kursus Yang Ditawarkan

  • STPD6014 Kaedah Penyelidikan
  • STKM6023 Teknologi Produk Berprotein
  • STKM6033 Sains Lemak dan Minyak
  • STKM6043 Teknologi Konfeksi Gula dan Coklat
  • STKM6113 Mikrobiologi Makanan Lanjutan
  • STKM6122 Teknik Eksperimen dalam Sains Makanan
  • STKM6123 Kimia Makanan Lanjutan
  • STKM6243 Pengurusan Keselamatan Makanan
  • STKM6313 Kualiti Makanan
  • STKM6322 Teknik Semasa dalam Mikrobiologi Makanan
  • STKM6323 Operasi Pemprosesan Makanan
  • STKM6712 Toksikologi Makanan dan Pemakanan
  • STKM6722 Pembungkusan Makanan
  • STKM6973 Projek Penyelidikan I
  • STKM6986 Projek Penyelidikan II

Pengenalan

Program Pemakanan menawarkan Sarjana Sains secara tesis dan kerja kursus. Bidang pengkhususan ini dirangka untuk melatih pelajar tentang kepentingan pengaruh pemakanan ke atas kesihatan serta memahami masalah pemakanan yang kompleks. Ia juga mempunyai kaitan yang rapat dengan aktiviti pengeluaran makanan dan keselamatan makanan kepada pengguna.

Program ini penting daripada segi kesinambungan dan penambahan ilmu bagi pelajar yang ingin meneruskan pengajian di peringkat Doktor Falsafah yang rata-rata mengikuti penyelidikan sepenuhnya. Siswazah yang dikeluarkan akan dilengkapi dengan pengetahuan yang kukuh dalam bidang Sains Makanan dan Pemakanan. Adalah diharapkan siswazah ini juga mampu menggunakan pengetahuan ini dalam penyelidikan dan penghasilan produk baru yang berkhasiat, memantau kualiti dan keselamatan makanan, dapat menyumbang dalam perkembangan dasar makanan dan pemakanan negara, membantu melaksana peraturan-peraturan makanan dan juga program pendidikan makanan dan pemakanan.

Struktur Program

Setiap pelajar yang mendaftar program ini dikehendaki mendaftar dan lulus 40 jam kredit sebagai syarat untuk mendapatkan ijazah. Daripada 40 jam kredit tersebut, 29 jam kredit adalah kursus wajib dan 11 jam kredit kursus pilihan. Pelajar boleh memilih mana-mana kursus pilihan yang disenaraikan untuk memenuhi keperluan jam kredit kursus tersebut.

Kursus Yang Ditawarkan

  • STPD6014 Kaedah Penyelidikan
  • STKM6033 Sains Lemak dan Minyak
  • STKM6122 Teknik Eksperimen dalam Sains Makanan
  • STKM6213 Pemakanan Gunaan
  • STKM6222 Interaksi Nutrien dan Ubat-ubatan
  • STKM6223 Teknik Penyelidikan Pemakanan
  • STKM6243 Pengurusan Keselamatan Makanan
  • STKM6313 Kualiti Makanan
  • STKM6333 Terapi Diet Lanjutan
  • STKM6413 Pemakanan dan Penuaan
  • STKM6712 Toksikologi Makanan dan Pemakanan
  • STKM6973 Projek Penyelidikan I
  • STKM6986 Projek Penyelidikan II