Jabatan Sains Makanan

Program Sarjana Sains (Penyelidikan)

 

Bidang Penyelidikan
Jabatan Sains Makanan menawarkan penyelidikan dalam bidang merangkumi analisis dan kimia makanan, bahan perisa, biopolimer boleh dimakan, fitokimia dan aditif makanan lain, ingredien makanan, penerimaan makanan, kederiaan makanan, keselamatan kualiti dan makanan, mikrobiologi makanan dan fermentasi, pemakanan komuniti.

 

Ijazah yang ditawarkan

  1. Sarjana Sains (Sains Makanan).
  2. Sarjana Sains (Pemakanan).

 

Syarat Kemasukan

  1. Ijazah Sarjanamuda dengan memperoleh PNGK ≥ 2.75 dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
  2. Ijazah Sarjanamuda Sains atau yang setara dengannya, dengan memperoleh PNGK 2.50 – 2.74, boleh diterima masuk tertakluk kepada minimum 1 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan; atau
  3. Memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan); dan
  4. Memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  5. Pelajar luar negara perlu mendapat keputusan minimum TOEFL 550 / IELTS band 5 / MUET band 3. (Pelajar dari luar negara yang berasal dari negara yang Bahasa Inggeris adalah bahasa rasminya atau memiliki kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dikecualikan daripada IELTS / TOEFL / MUET)

Calon pelajar luar negara yang memenuhi kelayakan akademik tetapi tiada kelayakan Bahasa Inggeris boleh mengikuti kursus intensif Bahasa Inggeris selama satu tahun (tempoh maksimum). Calon yang tidak berjaya mencapai syarat minimum seperti mana yang ditetapkan program pengajian akan diberi status gagal berhenti.

 

Struktur Program 

Setiap pelajar yang mengikuti program ini dikehendaki mendaftar dan lulus 14 jam kredit kursus dan juga pendaftaran tesis setiap semester sehingga tamat pengajian. Kursus yang wajib diambil adalah STPD6014 Kaedah Penyelidikan (4 jam kredit) dan pendaftaran tesis pada setiap semester sehingga bergraduasi.

Pelajar perlu menjadualkan pertemuan dengan penyelia atau jawatankuasa penyeliaan tidak kurang daripada 26 jam pertemuan setiap semester bagi pelajar sepenuh masa dan 13 jam pertemuan setiap semester bagi pelajar separuh masa. Hasil penyelidikan ditulis sebagai sebuah tesis.

Pelajar mesti memenuhi syarat-syarat bergraduat yang ditetapkan oleh fakulti.

Pelajar perlu menerbitkan sekurang-kurangnya satu (1) makalah dalam jurnal berindeks Web of Science (WOS) dalam bidang berkaitan dengan penyelidikan Sarjana Sains bersama Penyelia atau Jawatankuasa Penyeliaan