Jabatan Sains Matematik

Program Sarjana Sains (Kerja Kursus)

 

Ijazah yang ditawarkan:

Pengenalan

Program Sarjana Sains (Matematik) ini diolah supaya pelajar dapat membina keupayaan berfikir dengan lebih mantap, menilai secara kritis dan terarah kepada penyelesaian masalah serta membolehkan cara komunikasi yang berkesan. Modul-modul yang ditawarkan adalah modul Matematik Tulen, Matematik Gunaan dan Matematik Pengurusan dan Kewangan yang merupakan hasil yang tersepadu berpandukan pembinaan insan dan kesatuan ilmu yang membina bakal pemimpin ilmu, masyarakat dan industri.

Struktur Program

Calon yang memilih program secara kerja kursus sahaja, dikehendaki mendaftar dan lulus sekurang-kurangnya 32 jam kredit (kursus wajib dan pilihan) di samping menyiapkan projek penyelidikan yang bernilai 8 jam kredit. Calon yang mengikuti program Sarjana Sains secara tesis dikehendaki mengambil 12 jam kredit kursus dan penulisan tesis sebagai syarat untuk mendapatkan Ijazah Sarjana. Unit yang wajib diambil adalah:-

STPD6014 Kaedah Penyelidikan dan 8 jam kredit kursus teras yang dipilih berkaitan dengan penyelidikan tesis dan dipersetujui oleh penyelia.

Modul Matematik Tulen modul-matematik-tulen

Modul Matematik Gunaan modul-matematik-gunaan

Modul Matematik Pengurusan Dan Kewangan modul-matematik-pungurusan-dan-kewangan

Kursus Yang Ditawarkan

  • STQA6014 Analisis Pelaburan dan Pengurusan Portfolio
  • STQA6024 Sekuriti Terbitan dan Pengurusan Risiko
  • STQA6034 Isu-isu Dalam Pengurusan Risiko Dan Insurans
  • STQM6024 Biomekanik
  • STQM6034 Analisis Keputusan dan Permainan
  • STQM6044 Kriptologi
  • STQM6084 Pengaturcaraan Linear
  • STQM6064 Pemodelan dan Kaedah Matematik
  • STQM6074 Analisis Berangka
  • STQM6114 Topologi
  • STQM6124 Aljabar
  • STQM6134 Analisis Fungsian
  • STQM6214 Matematik Kabur
  • STQM6224 Analisis Kompleks
  • STQM6234 Teori Ergodik
  • STQM6254 Teori Kumpulan Kombinatorik
  • STQM6274 Teori Sukatan dan Kamiran
  • STQM6294 Sejarah dan Falsafah Matematik
  • STQM6324 Kaedah Berangka Pemindahan Haba dan Aliran Bendalir
  • STQM6414 Sistem Dinamik
  • STQM6524 Pemodelan Linear Sistem Dinamik Tak Berketentuan
  • STQM6534 Mekanik Bendalir
  • STQM6624 Simulasi
  • STQM6654 Matematik Ekonomi dan Kewangan Dalam Perniagaan
  • STQM6988 Projek Penyelidikan
  • STQS6244 Proses Stokastik
  • STQS6274 Penghitungan Berstatistik
  • STQS6444 Pemodelan Siri Masa dan Peramalan
  • STPD6014 Kaedah Penyelidikan

Pengenalan

Statistik adalah satu bidang pengajian mengenai pengumpulan, penyusunan, pembentangan dan analisis data untuk menghuraikan hakikat nyata secara bersifat sains. Program Sarjana Sains (Statistik) menawarkan pelbagai kursus dalam bidang statistik,untuk calon yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut. Penekanan diberikan dalam aspek teori dan gunaan supaya calon dapat menguasai ilmu statistik dan mampu menggunakannya.

Struktur Program

Calon yang memilih untuk membuat kerja kursus sahaja, dikehendaki mengikuti dan lulus sekurang-kurangnya 32 jam kredit kursus (wajib dan pilihan) di samping menyiapkan sebuah Projek Penyelidikan yang bernilai 8 jam kredit. Calon-calon yang tidak mempunyai latar belakang yang baik dalam bidang statistik dikehendaki mengikut beberapa kursus peralihan seperti yang disenaraikan dan mesti lulus dengan purata gred B sebelum layak mengikuti program sarjana. Kursus-kursus tersebut adalah:

sarjana-sains-statistik-peralihan

sarjana-sains-statistik-kursus

Calon yang mengikuti program Sarjana Sains secara tesis dikehendaki mengambil 12 jam kredit kursus dan membuat penulisan tesis sebagai syarat untuk mendapatkan Ijazah Sarjana. Sebanyak 12 unit yang wajib diambil adalah:-

STPD6014 Kaedah Penyelidikan

dan 8 jam kredit kursus teras yang dipilih berkaitan dengan penyelidikan tesis dan dipersetujui oleh penyelia.

Kursus Yang Ditawarkan

  • STQS6004 Kalkulus dan Aljabar Matriks untuk Statistik
  • STQS6014 Statistik Bermatematik
  • STQS6024 Analisis Data dan Pemodelan
  • STQS6064 Statistik Perubatan
  • STQS6094 Teknik Pensampelan
  • STQS6224 Proses Stokastik
  • STQS6234 Pentaabiran Bayesian
  • STQS6244 Proses Stokastik
  • STQS6254 Reka Bentuk dan Analisis Uji Kaji
  • STQS6274 Penghitungan Berstatistik
  • STQS6284 Analisis Multivariat
  • STQS6424 Kaedah Tak Berparameter
  • STQS6444 Pemodelan Siri Masa dan Peramalan
  • STQS6584 Pemodelan Berstatistik
  • STQS6988 Projek Penyelidikan

Pengenalan

Program ini ditawarkan untuk menangani cabaran dalam isu kualiti dan produktiviti yang diperlukan dalam persekitaran di sektor awam, pembuatan dan perkhidmatan.Kursus-kursus utama yang ditawarkan meliputi falsafah dan kaedah-kaedah pengurusan menyeluruh dan peningkatan kualiti barangan dan perkhidmatan dengan tumpuan diberikan kepada penggunaan kaedah sains matematik.Mesej utama program ini ialah untuk memberi pengetahuan menggunakan kaedah sains matematik dan kemahiran matematik dan statistik untuk meningkatkan kualiti barangan dan juga perkhidmatan.

Struktur Program

Program ini ditawarkan hanya secara kerja kursus. Calon dikehendaki mengikuti dan lulus 32 jam kredit kursus (wajib dan pilihan) di samping menyiapkan sebuah projek penyelidikan yang bernilai 8 jam kredit. Calon diwajibkan untuk mengambil kursus fakulti STPD6014 Kaedah Penyelidikan.

Program ini terbahagi kepada tiga modul seperti berikut:- - Sektor Awam - Sektor Pembuatan - Sektor Perkhidmatan

Modul Sektor Awam

modul-sektor-awam

Modul Sektor Pembuatan

modul-sektor-pembuatan

Modul Sektor Perkhidmatan

modul-sektor-perkhidmatan

Kursus Yang Ditawarkan

  • STPD6014 Kaedah Penyelidikan
  • STQK6114 Jaminan Kualiti dan Piawaian
  • STQK6124 Kawalan Proses dan Peningkatan Kualiti
  • STQK6134 Pengurusan Kualiti Menyeluruh
  • STQK6144 Pengukuran Prestasi Organisasi
  • STQK6264 Pengurusan Rantaian Bekalan
  • STQK6324 Sistem Penyampaian Perkhidmatan di Sektor Awam
  • STQK6514 Pengurusan Kualiti dalam Sektor Perkhidmatan
  • STQK6524 Pengukuran Produktiviti
  • STQK6534 Kaedah Penyelidikan Pemasaran
  • STQK6544 Reka Bentuk Kualiti dan Kebolehpastian Sistem
  • STQK6988 Projek Penyelidikan

Pengenalan

Sains data adalah satu bidang pengajian multidisiplin yang melibatkan kaedah saintifik, proses dan sistem dalam mengekstrak maklumat tersurat dan tersirat dalam pelbagai struktur data. Ia menggabungkan pengetahuan matematik dan statistik, pengaturcaraan dan analitik data. Program Sarjana Sains (Sains Data Analitik) menawarkan pelbagai kursus dalam bidang ini dengan penekanan kepada analitik data.Tiga modul pembelajaran ditawarkan: Pengkomputeran Data, Analitik Data serta Kewangan & Analitik Perniagaan. Matlamat program Sains Data dan Analitik adalah untuk melahirkan siswazah berilmu, beretika, berdaya saing, terkehadapan dan memberi sumbangan kepada bangsa dan negara.

Struktur Program

Program ini dibahagikan kepada tiga modul seperti berikut: 1. Pengkomputeran Data 2. Analitik Data 3. Kewangan dan Analitik Perniagaan

Calon dikehendaki mendaftar dan lulus sekurang-kurangnya 36 jam kredit (kursus wajib dan pilihan) di samping menyiapkan projek mercu yang bernilai 9 jam kredit.

Modul Pengkomputeran Data

Modul Analitik Data

Modul Kewangan dan Analitik Perniagaan

Kursus Yang Ditawarkan

  • STQA6014 Analisis Pelaburan dan Pengurusan Portfolio
  • STQA6034 Isu-isu dalam Pengurusan Risiko dan Insurans
  • STQD6014 Sains Data
  • STQD6024 Pembelajaran Mesin
  • STQD6114 Analitik Data Tak Berstruktur
  • STQD6124 Pengvisualan dan Komunikasi Data
  • STQD6134 Analitik Perniagaan
  • STQD6214 Matematik Statistik dengan Pengkomputeran
  • STQD6324 Pengurusan Data
  • STQD6334 Pembuatan Keputusan Multi-Kriterium
  • STQD6414 Perlombongan Data
  • STQD6524 Kaedah Statistik untuk Pengkomputeran Biologi
  • STQD6889 Projek Mercu
  • STQM6154 Sains Rangkaian
  • STQP6014 Kaedah Penyelidikan dan Seminar Industri
  • STQS6234 Pentaabiran Bayesan
  • STQS6284 Analisis Multivariat
  • STQS6444 Pemodelan Siri Masa & Peramalan