Sarjana Sains (mod penyelidikan)

Syarat Kemasukan Program Sarjana Sains (mod penyelidikan)

  1. Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 2.75 atau yang setara dengannya, dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat Universiti; atau
  2. Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 dan tidak mencapai PNGK 2.75 atau yang setara dengannya, tertakluk kepada penilaian dalaman yang rapi; atau
  3. Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan tetapi tidak mencapai PNGK 2.50, dengan minimum 5 tahun pengalaman bekerja atau penyelidikan dalam bidang yang berkaitan. Pembuktian pengalaman kerja calon luar negara perlu disahkan oleh Kedutaan negara masing-masing;
  4. Pelajar bukan warganegara perlu mendapat keputusan minimum TOEFL (iBT) skor 46 / IELTS band 5.5 / CEFR band B2 / MUET band 3 (Pelajar dari luar negara yang berasal dari negara yang Bahasa Inggeris adalah bahasa rasminya atau memiliki kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dikecualikan daripada IELTS / TOEFL / CEFR / MUET); dan
  5. Memenuhi apa-apa syarat lain yang ditetapkan oleh Senat Universiti dari semasa ke semasa.