Doktor Falsafah

Syarat Kemasukan Program Siswazah Doktor Falsafah

  1. Memiliki Ijazah Sarjana dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat Universiti; atau kelayakan lain yang setaraf dengannya; atau
  2. Ijazah Sarjanamuda Sains dengan memperoleh keputusan cemerlang (Kelas Pertama) dari UKM atau mana-mana institusi pengajian tinggi tertakluk kepada ketetapan Fakulti dan pengiktirafan oleh Senat;
  3. Pelajar luar negara perlu mendapat keputusan minimum TOEFL (iBT) skor 46 / IELTS band 5.5 / CEFR band B2 / MUET band 3 (Pelajar bukan warganegara yang berasal dari negara yang Bahasa Inggeris adalah bahasa rasminya atau memiliki kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dikecualikan daripada IELTS / TOEFL / CEFR / MUET); dan
  4. Memenuhi apa-apa syarat lain yang ditetapkan oleh Senat Universiti dari semasa ke semasa.