INDUSTRY COMMUNITY & PARTNERSHIPS – FACULTY OF MEDICINE UKM

Dokumen Kolaborasi LoI/MoU/MoA

Kerjasama antara Fakulti Perubatan dan pihak luar amat digalakkan namun sebaiknya kerjasama yang berpanjangan dan melibatkan aset, tenaga kerja, dan kewangan perlu diikat dengan pemeteraian dokumen kerjasama. Jabatan-jabatan di fakulti atau pihak luar yang ingin mengadakan kerjasama disarankan untuk membuat dokumen kerjasama ini sebagai tanda kerjasama tersebut adalah rasmi dan menepati hasrat kedua-dua belah pihak. Berikut adalah dokumen-dokumen rasmi yang sering digunakan.

 

Surat Hasrat /Letter of Exchange/Letter of Intent
Surat Hasrat ialah suatu pernyataan hasrat atau niat pihak untuk bekerjasama. Ianya tidak boleh mengikat pihak-pihak secara undang-undang dan kekal sebagai suatu hasrat atau niat.


Memorandum Persefahaman (MoU)

Ialah suatu pernyataan persefahaman dan hasrat pihak-pihak di dalam  transaksi tersebut untuk bekerjasama antara satu sama lain tanpa mewujudkan suatu hubungan perundang sesama mereka. Pihak-pihak tidak terikat kepada apa-apa obligasi-obligasi, tanggungan atau liabiliti secara perundangan.


Memorandum Perjanjian (MoA)

Perjanjian ialah apabila pihak-pihak dalam sesuatu transaksi bersetuju untuk mewujudkan suatu hubungan perundang sesama mereka dan berdasarkan kepada balasan satu atau beberapa janji yang dibuat oleh satu pihak dan diterima oleh pihak yang satu lagi. Pihak-pihak adalah terikat kepada tanggungjawab-tanggungjawab, obligasi-obligasi dan liabiliti-liabiliti yang telah dipersetujui serta mempunyai implikasi perundangan.

Borang dalam talian (Permohonan Baru)