Bermula tahun 2023, semua permohonan bagi sebarang aktiviti dari jabatan mesti dihantar ke emel rasmi HEJIM seperti berikut: hejimfper@ukm.edu.my
PERINGATAN: Permohonan hendaklah disertakan dengan surat permohonan dan kertas kerja program.
Pelaporan
Pemohon juga mesti menghantar laporan kepada HEJIM dalam tempoh dua minggu selepas program selesai dijalankan. Sekretariat berharap agar program yang dianjurkan mematuhi garis panduan penglibatan komuniti serta dapat menyumbang kepada skor MyRA melalui penganjuran aktiviti yang memenuhi kriteria 3 bintang dan ke atas.
Bersama ini disertakan kriteria MyRA dan pelan strategik komuniti UKM 2020-2024 untuk rujukan anda. Semua pemohon wajib mengisi borang Google yang telah dilampirkan di bawah. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan jabatan tidak dapat memperoleh kelulusan untuk permohonan berikutnya.
Kriteria MyRa & Pelan Strategik Komuniti UKM 2020-2024