Latar Belakang

Persidangan dwitahunan, Simposium Kebudayaan Indonesia – Malaysia (SKIM), dianjurkan secara bergilir sejak tahun 1985 antara Universitas Padjajaran, Bandung, Indonesia dengan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kerjasama dua hala ini menjadi medan pertemuan antara kedua-dua buah negara bagi membincangkan isu-isu kebudayaan dalam perspektif teori, konsep dan metodologi. Perbincangan isu sebegini dilakukan sejak pelaksanaan SKIM I hingga SKIM XV, dengan tema-tema yang diajukan saling berkaitan dan bersambung dari satu tema SKIM ke tema SKIM berikutnya.

Penganjuran SKIMXV yang diadakan di Universitas Padjajaran, Bandung, Indonesia pada 29 – 30 November 2017 memilih tema Sustainable Development in Social Sciences for Improving Well-Being (Pembangunan Mampan dalam Sains Sosial untuk Meningkatkan Kesejahteraan). Hasrat penganjurannya adalah sebagai usaha untuk memperkuat jaringan kesarjanaan dan kepakaran antara ahli akademik dari kedua-dua universiti lantaran persidangan ini menjadi medan perbincangan dan meneroka isu-isu mengenai masalah biasa yang berlaku antara Malaysia dan Indonesia yang merangkumi pelbagai bidang sains sosial dan sains interdisiplin seperti keselamatan makanan, kesihatan, budaya, kesusasteraan dan bahasa, sosiologi-antropologi, maklumat dan teknologi, isu-isu alam sekitar, keselamatan tenaga, ekonomi dan perniagaan, politik, komunikasi, pertahanan dan kajian keselamatan. SKIM2017 sangat istimewa berbanding penganjuran terdahulu kerana berjaya menyaksikan pembaharuan MoU untuk kerjasama berterusan seterusnya bagi tempoh 5 tahun ke hadapan yang diadakan semasa perasmian persidangan ini.

Bertitik tolak dari situ, maka tema yang diangkat pada tahun 2019 ini ialah Perangkuman dan Penyisihan Sosial dalam 4IR (Social Inclusion and Exclusion in the 4IR).  Tema ini selari dengan hasrat UNESCO yang mahu mencari Dasar Perangkuman Sosial berikutan arus globalisasi yang menunjangi perubahan digital masa kini.  Dengan perubahan dan ancaman global yang tidak menentu, seperti ketaksamaan hak, penyisihan, keganasan dan perpecahan kaum, lantas meningkatkan ketegangan hubungan dan konflik kemanusiaan, maka usaha mencari penyesuaian agar semua insan dapat hidup harmoni dalam suatu komuniti global merupakan usaha yang paling didambakan.

Background

The Cultural Symposium of Indonesia – Malaysia or Simposium Kebudayaan Indonesia-Malaysia (SKIM), is a biennial conference alternately organized between Padjadjaran University, Bandung, Indonesia and Universiti Kebangsaan Malaysia since 1985. This cooperation has become a medium  to discuss cultural issues from theoretical and conceptual perspectives as well as empirical studies since its first launch at SKIM I until SKIM XV, with an interrelated theme from one to another symposium. 

The previously organized SKIM XV at Padjadjaran University, Bandung, on November 29 – 30, 2017 had the theme on “Development in Social Sciences for Improving Well-Being” with a purpose to enhance the academic cooperation and networking between the two universities and make this conference as a medium to explore the current cultural issue, especially that involves Indonesia and Malaysia through  interdisciplinary and various approaches of social sciences such as food security, health, culture, language and literature, sociology-anthropology, information and communication technology, environmental issue, energy security, economy and business, politics, communication, defence and national security. SKIM XV in 2017 is considered outstanding compared to previous symposiums as it has succeeded to renew the MoU between Padjadjaran University and Universiti Kebangsaan Malaysia for the next five years which was officiated at the launching of this symposium. 

Therefore, the 4IR issue will be highlighted in the next symposium, with the theme “Social Inclusion and Exclusion of Indonesia-Malaysia in the 4IR.” This theme is in line with UNESCO’s aim to draft a social inclusion policy due to the process of globalization that leads to massive changes in the digital landscape. With the global change and its threats getting uncertain such as human rights issues, inequality, discrimination, violence and racial disharmony, and leading to tensions and social conflicts, more efforts needed to keep everyone living with harmony within this global community.