Kemudahan

Pusat Pengajian kami dilengkapi dengan kemudahan Pusat Sumber sendiri. Di sini anda boleh mendapatkan bahan-bahan daripada seperti jurnal, majalah, dan tesis bekas pelajar dalam bidang Sejarah, Politik dan Pengajian Strategi. Ianya adalah sebagai tambahan kepada kemudahan yang disediakan di Perpustakaan utama UKM.

Terletak berdekatan dengan Pusat Pengajian, Pusat Sumber PPSPS menyediakan suasana tempat yang damai bagi tujuan kajian dan penyelidikan. Selain itu, terdapat juga Bilik Penyelidikan Siswazah yang serba lengkap di mana pelajar boleh mengulangkaji, mengakses laman Sesawang (Internet) dan bertemu dengan pelajar-pelajar yang lain.

Pusat Pengajian ini juga merupakan penghubung kepada Makmal Sejarah Lisan, yang dilengkapi dengan koleksi arkib unik yang membolehkan pelajar mengakses bagi meningkat kualiti penyelidikan mereka. Koleksi yang terdapat di makmal dihasilkan dari semasa ke semasa oleh pelajar dan ahli Pusat kami.

Klik di sini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut megenai Makmal Sejarah Lisan, dan di sini bagi Pusat Sumber.

Pusat Sumber dan Makmal kami merupakan lokasi yang terbaik bagi pelajar menjalankan kajian dan penyelidikan.