Sejarah

Program Sejarah

Program Sejarah telah diasaskan sebagai Jabatan Perintis yang bermula di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 Mei 1970. Pada mulanya, jabatan ini memberi tumpuan kepada latihan kepada guru-guru sejarah daripada sekolah menengah mengenai kepentingan sejarah Malaysia. Sejak penstrukturan semula Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) pada 2001, Jabatan Sejarah telah menstruktur semula program di bawah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi. Program Sejarah merupakan pilihan utama diantara fakulti, merupakan tarikan tertinggi di antara jumlah pelajar. Kini, program bukan sahaja menghasilkan guru sekolah sejarah tetapi graduan daripada pelbagai bidang pendidikan. Para graduan kami dilengkapi dengan pengetahuan yang mantap berkaitan sejarah, berkemahiran untuk menghasilkan kajian dan mempunyai kemahiran kerja yang diperlukan oleh agensi kerajaan mahupun swasta.

Program sejarah menawarkan setiap peringkat pengajian daripada Prasiswazah, Ijazah Sarjana Muda Sastera (B.A.) hingga Pengajian Pascasiswazah, yang terdiri daripada Ijazah Sarjana Sastera (M.A.) dan Doktor Falsafah (Ph.D.).

Sejarah Malaysia pada 1970-an menjadi tumpuan awal kami. Namun begitu, pada masa ini terdapat kepelbagaian modul sejarah seperti pnsejarahan, serantau (Asia, Eropah dan Amerika Utara), Politik, Pentadbiran, Ekonomi, Budaya dan Sejarah Alam Sekitar. [Untuk maklumat lebih lanjut mengenai senarai bidang penyelidikan, sila klik pada nama pensyarah yang terlibat di bawah ]

Antara ahli sarjana yang telah berkhidmat dan menyumbang tenaga dalam meningkatkan martabat program ini ialah : – Prof. Emeritus Datuk Paduka Dr Nik Anuar Nik Mahmud, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, Prof. Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid, Prof. Datin Dr. Kobkua Suwannathat-Pian, Profesor Madya Dr. Oong Hak Ching dan Prof. Prof. Dr. Pamela Sodhy.

Kini, para pensyarah yang terlibat di dalam program adalah seperti berikut:

Prof. Madya Dr. Azlizan Mat Enh

Prof. Madya Dr. Mohd Samsudin

Dr. Al-Amril Othman

Dr. Suffian Mansor

Mr. Mohamad Rodzi Razak

Puan Zubaidah V.P Hamzah

Mr. Mohd Shazwan Mokhtar

 

Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, sila hubungi:

Pemangku Ketua Program Sejarah,

Dr. Suffian Mansor

Tel: 03-89213637

E-mail: aasw@ukm.edu.my