Program Pemerhati PRU15

Program Pemerhati PRU15

Sekretariat Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (HEJIM), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM telah menganjurkan satu taklimat untuk Program Pemerhati PRU15 pada 2 November 2022 bertempat di Dewan Perdana FSSK yang dihadiri oleh Yang Berusaha Puan Norzawatil Amali binti Alias Timbalan Setiausaha (Strategik) mewakili Pengurusan Tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

SPR telah melantik seramai 720 orang pemerhati PRU15 dari 42 agensi dan UKM telah menghantar 89 orang pemerhati yang terdiri daripada warga akademik, kakitangan pentadbiran dan sokongan, serta mahasiswa-mahasiswi program Sains Politik, UKM.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada SPR kerana telah memberi peluang keemasan ini kepada warga UKM menjadi pemerhati PRU15 di bawah penyelarasan Profesor Dr. Sity Daud, Timbalan Dekan HEJIM, FSSK. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohamad bin Ghani, Setiausaha Bahagian (Dasar dan Antarabangsa), Pejabat Timbalan Setiausaha (Strategik), SPR.

Program Pemerhati PRU15 ini adalah sebahagian daripada usaha kerjasama strategik Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dengan Universiti Awam (UA) melalui kajian berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15.

Sementelah, penyertaan pengurusan tertinggi UKM dalam Program Pemerhati PRU15 ini turut membuktikan komitmen tinggi UKM dalam memberikan kerjasama untuk program agensi kerajaan bagi menjayakan agenda demokrasi di Malaysia.