SEE NATURE

SEE Nature® adalah program berdaftar Harta Intelek semenjak tahun 2014 melalui Pusat Inovasi Kolaboratif, UKM. Program ini telah dijalankan tujuh kali bermula tahun 2012. Program tahun 2016, julung-kali program ini melibatkan kerjasama dengan IPTS iaitu UniKL MSI Kulim di Kampung Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor. Tahun 2017, pada Mei 2017 SEE Nature® terlibat di dalam aktiviti semasa Pelancaran Sekolah@UKM di Bagan Datoh dengan jumlah peserta sekolah mencecah 800 murid. Pada 17 Julai 2017, SEE Nature® bekerjasama dengan NGO Ecotourism and Conservation Malaysia (ECOMY) menjalankan aktiviti dengan 30 murid dari tiga sekolah di Pulau Pangkor.