SMART HELICOPTER

Pusat Sains Angkasa yang sebelumnya dikenali sebagai Institut Sains Angkasa (ANGKASA) telah mengadakan Program Visiting Astronaut  pada 30 Oktober 2012 di Dewan Canselor Tunku Abdul Razak (DECTAR). Program tersebut telah disertai oleh Dr. Daniel T. Barry, angkasawan jemputan yang merupakan bekas angkasawan NASA dan veteran bagi penerbangan ke angkasa, Stesen Angkasa Antarabangsa.

Bersempena dengan program tersebut, Bengkel dan Pertandingan “Smart Control Helicopter” telah diadakan dengan bimbingan dan tunjuk ajar oleh Dr. Daniel T. Barry. Peserta yang telah terlibat adalah daripada pelajar tahun 1/tahun 2 Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina dan Pelajar PERMATApintarTM Negara yang telah dibahagikan kepada 12 kumpulan dengan 4 orang peserta dalam satu kumpulan. Pemenang pertandingan telah memenangi piala pusingan dan peluang bertemu dengan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam satu acara berasingan di PWTC.