UKM-SID

Program cuaca angkasa yang melibatkan aplikasi peralatan cerapan cuaca angkasa bersama komuniti terutama pelajar sekolah menengah telah mula dijalankan oleh pihak UKM melalui Institut Perubahan Iklim (IPI) sejak tahun 2011. Dalam program ini,  Pusat Sains Angkasa (ANGKASA), IPI, telah memperkenalkan penggunaan alat Universiti Kebangsaan Malaysia-Sudden Ionospheric Disturbance π (UKM-SIDπ™) yang berupaya mencerap data suar suria di mana program ini masih berterusan dan ditambah baik dari semasa ke semasa. Berdasarkan program dan analisis yang telah dilakukan, didapati guru-guru mempunyai kekangan dari segi pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK)  dalam topik sains angkasa. Situasi ini telah mendorong perancangan projek yang lebih bersepadu kerana topik sains angkasa telah dimasukkan dalam kurikulum sekolah di Malaysia. Selain itu, peningkatan jumlah soalan peperiksaan berkaitan sains angkasa samaada secara tersirat mahupun tersurat turut menyumbang kepada pemerkasaan projek ini. Pada masa yang sama, kursus berkaitan sains angkasa yang ditawarkan di universiti tempatan hanyalah bertaraf elektif dan tiada program pengajian peringkat ijazah sarjana muda yang ditawarkan oleh universiti tempatan setakat ini