Interaksi bersama Pro Naib Canselor (Strategi dan Kewatanan)
Pelajar-pelajar baharu UKM memenuhi Dewan Tun Abdul Razak (DECTAR ), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menghadiri sesi Interaksi bersama Pro Naib Canselor (Strategi dan Kewatanan): Menuju Puncak sempena Minggu Apresiasi Watan (MAW) Sesi Akademik 2025/2026.
Sesi Interaksi yang dikendalikan oleh Pro Naib Canselor (Strategi dan Kewatanan), Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan turut dihadiri oleh pelajar-pelajar baharu dari Kolej Tun Syed Nasir, Kampus Kuala Lumpur dan Kolej Tun Dr. Ismail, Kampus Cheras secara dalam talian.
Program ini turut dihadiri oleh Ketua Pusat Hal-Ehwal Pelajar, Encik Saidi Ismail; Dekan-dekan Fakulti, Pengarah-pengarah Pusat Tanggungjawab dan Pengetua-pengetua Kolej Akademi.









