Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan atas hasrat dan kehendak rakyat yang mahukan sebuah universiti “kebangsaan” diwujudkan di negara ini. Warga UKM pada hari ini perlu  memastikan semangat kebangsaan serta aspirasi rakyat ini terus dipahatkan dan diperjuangkan. Justeru, UKM sebagai Pendaulat Amanah Negara (Guardian of The Nation) meletakkan isu negara sebagai permasalahan yang perlu ditangani oleh UKM.

Sesuai dengan peredaran masa, perubahan ekonomi, sosial dan masyarakat serta kehendak pemegang taruh, UKM perlu peka dengan perubahan dan bertindak awal untuk memastikan bahawa ia sentiasa relevan, dirujuk dan dihormati (relevant, referred, respected). Perubahan yang dilakukan adalah bersifat kontekstual yang bukan mengikut trend, bersesuaian dengan kehendak negara dan masyarakat supaya UKM sentiasa memainkan peranannya sebagai Pendaulat Amanah Negara.

UKM mestilah menyediakan satu tawaran bernilai tinggi (value offering) khusus UKM yang berbeza dengan apa yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi lain. Ia akan menjadikan UKM sebagai tumpuan masyarakat di Malaysia dan antarabangsa. Graduan UKM misalnya akan boleh dikenali istimewanya melalui gerak lakunya atau pandangan yang diberikan. Setiap Pusat Tanggungjawab akan menyediakan tawaran bernilai tinggi kepada masyarakat yang akan menjadikan UKM sebagai pilihan utama  kepada pemegang taruh termasuk ibu bapa, industri, kerajaan serta agensi dalam dan luar negara.

Sesuai dengan hasrat UKM supaya semua perancangan dan  pengoperasian yang perlu disandarkan kepada 6 KRA tersebut, Pusat Strategi UKM (Strategi-UKM) telah ditubuhkan pada 1 Mei 2014 di bawah Pejabat Naib Canselor untuk memudah cara dan memantau pelaksanaan 6 KRA yang telah ditetapkan di semua peringkat.

Dalam usaha meningkatkan lagi kecemerlangan sebagai sebuah universiti yang menjuarai pelbagai bidang, UKM telah menggerakkan 18 inisiatif strategik yang melibatkan semua KRA mulai tahun 2018. Inisiatif ini dijenamakan sebagai TEKAD 18. Dengan mengambil kira perubahan semasa dan pucuk pimpinan pada tahun writemypapers.org reviews 2019, Pelan Strategik UKM 2014-2025 yang berasaskan enam (6) KRA telah disemak semula. Sehubungan dengan itu, Pelan strategik baharu yang sesuai dengan situasi semasa dan fokus universiti, iaitu Pelan Strategik UKM 2019-2021 telah dibangunkan.