Perlanjutan Tarikh Akhir Pencalonan Anugerah Bitara UKM 2020

Disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020, tarikh akhir permohonan akan berakhir pada 6 April 2020 (Isnin) dilanjutnya sehingga 30 April 2020 (Khamis)

Untuk makluman, Anugerah Bitara UKM merupakan program tahunan Universiti di mana ianya merupakan satu platform yang memberikan pengiktirafan kepada staf dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) dengan mengambil kira pencapaian prestasi berkualiti yang berfokuskan kepada akademik, penyelidikan, pengantarabangsaan, penjanaan dan pembangunan modal insan. Pelawaan adalah dibuka kepada semua warga UKM dan pihak Fakulti/Institut/Pusat/Jabatan/Bahagian adalah dijemput untuk mengemukakan pencalonan. Borang yang lengkap berserta dokumen sokongan hendaklah dikemukakan kepada Urus setia Jawatankuasa Anugerah masing-masing sebaik-baiknya pada atau sebelum 30 April 2020 (Khamis) untuk pemilihan sebelum disahkan di peringkat Jawatankuasa Induk.

Maklumat anugerah dan borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web https://www.ukm.my/strategi-ukm/anugerah-bitara-ukm/ Sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada Urus setia setiap anugerah yang terlibat atau menghubungi Urus setia Jawatankuasa Induk (Strategi-UKM) Puan Zaimi Makhtar di sambungan 5234 (zaimi@ukm.edu.my) atau Encik Barudin Baharin di sambungan 4812 (barudin@ukm.edu.my).