Bicara Perdana Naib Canselor UKM 2023

 

Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman menyampaikan Bicara Perdana Naib Canselor UKM 2023 dengan tema ‘Naratif Baharu UKM, Universiti Watan Kita’.

Dalam Bicara Perdana yang diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Naib Canselor telah mengupas strategi kemaraan serta hala tuju UKM pada sepanjang tahun ini, di samping membentangkan pencapaian dan keberhasilan pada tahun lepas dalam memacu agenda universiti untuk menjadi sebuah universiti yang cemerlang.
Dalam majlis ini, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman juga turut melancarkan Pelan Strategik Kelestarian UKM 2030 dalam mewujudkan kampus yang hijau, lestari dan sejahtera. Pelan itu akan menyaksikan komitmen UKM kepada program penjimatan tenaga, penerokaan kepada tenaga terbaharu, pengurusan sisa pepejal yang lebih cekap dan mencipta dasar yang mendokong usaha sejagat mengenai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

Selain itu, pelbagai strategi dan inisiatif juga diperkenalkan selari dengan Pelan Strategik T.E.R.A.S UKM 2021-2025. Pada majlis itu juga, turut diadakan pelancaran Koperasi Alumni UKM dan Video Korporat UKM yang baharu.

Hadir sama ke program bicara tersebut ialah Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd Razak; Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Ahli-ahli Lembaga Pengarah UKM, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Dato’ Pendaftar, Bendahari, Penasihat Undang-Undang dan Pro-pro Naib Canselor UKM.

 

May be an image of 2 people and people standingMay be an image of one or more people, people standing and indoorMay be an image of 10 people and people standingMay be an image of 2 people and people standing