Program Karnival Aspirasi Bioteknologi INBIOSIS (iBAC) 2023

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) UKM merasmikan program Karnival Aspirasi Bioteknologi INBIOSIS (iBAC) 2023 yang disertai oleh para pelajar dari Kolej Genius@Pintar Negara, Sek. Men. Keb. Jalan Tiga Bangi, Sek. Men. Sains Tuanku Jaafar, Sek. Men. Sains Hulu Selangor, Sek. Men. Sains Alam Shah dan Sek. Men. Keb. Bandar Tasik Kesuma pada 14 Februari 2023.
Program iBAC 2023 ini dianjurkan sempena minggu Outreach INBIOSIS yang mana para pelajar didedahkan dengan pengalaman dan ilmu yang lebih meluas mengenai aktiviti penyelidikan dalam bidang sains dan bioteknologi bersama penyelidik UKM.
iBAC 2023 ini diharap menjadi sebagai salah satu medan perintis dalam usaha untuk menanam dan mengukuh minat generasi masa kini terhadap bidang sains, teknologi, inovasi, dan ekonomi (STIE) kerana kita memerlukan pelapis untuk memastikan aspirasi negara ke arah mewujudkan masyarakat bio-inovasi berteknologi tinggi dapat dicapai.
Hadir sama dalam majlis ini adalah Prof. Emeritus Dr. Normah Mohd Noor, Pengarah Pengasas Institut Biologi Sistem (INBIOSIS); Prof. Madya Dr. Syarul Nataqain Baharum, Pengarah INBIOSIS; Prof. Madya Dr. Goh Hoe Han, Timbalan Pengarah INBIOSIS serta Dr. Nurkhalida Kamal & Dr. Hamizah Shahirah Hamezah, Penasihat Karnival Aspirasi Bioteknologi INBIOSIS (iBAC) 2023.
May be an image of 2 people and people standing
May be an image of 4 people, people standing and flower
May be an image of 3 people
May be an image of 5 people, people sitting, people standing and indoor