Tahniah Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah mecapai 6 SETARA 2018/2019 bagi kategori Universiti Matang.

Image may contain: text that says "JALE UNIVERSITI KEBANGSAAN 8 MALAYSIA Malaysia TheNational University 59KM #menciptamasedepan Tahniah UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 6 KOMPETITIF SANGAT 2018/2019 SETARA kategori UNIVERSITI MATANG Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan Inspiring Futures, Nurturing Possibilities"

Tahniah Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah mecapai 6 SETARA 2018/2019 bagi kategori Universiti Matang.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melaksanakan Penarafan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Tahun 2018/2019 yang merangkumi Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA) dan Sistem Penilaian Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta (MyQUEST).

SETARA adalah salah satu sistem penarafan yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada tahun 2007 untuk mengukur jaminan kualiti dan standard universiti dan kolej universiti di Malaysia berdasarkan autonomi, kualiti dan prestasi institusi.

Sistem ini telah dirangka untuk membantu universiti membina asas-asas yang kuat dalam tiga fungsi teras utama iaitu pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan melalui metriks dan metadologi penilaian yang telah ditetapkan. Setiap data institusi yang digunakan di dalam penilaian penarafan ini akan melalui proses verifikasi dan validasi melalui audit lapangan oleh juruaudit bebas yang dilantik oleh pihak KPT.