Seminar Asyairah Ahli Sunah Waljamaah

 "Pegangan Dominan Masyarakat Islam Dunia"

Pengenalan

SEMINAR KEBANGSAAN ASYAIRAH AHLI SUNAH WALJAMAAH (SUNNI)
Dari Kuliah ke Pentas Kebangsaan: Inovasi Pendidikan Akidah melalui SUNNI 2017-2021

Dr. Wan Haslan Khairuddin
Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
wanhaslan@ukm.edu.my

Projek ini mempersembahkan Seminar Kebangsaan Asyairah Ahli Sunah Waljamaah (SUNNI) sebagai model pembelajaran berasaskan pengalaman yang dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar prasiswazah Fakulti Pengajian Islam, UKM di bawah kursus PPH3533 Kajian Ahli Sunah Waljamaah. Kajian Ahli Sunah Waljamaah. Sejak 2017 hingga 2021, pelajar pelbagai kumpulan dan semester berjaya mengurus lima edisi seminar kebangsaan terbuka dan percuma kepada masyarakat dengan tema-tema yang pelbagai.

ANJURAN

Seminar berjaya dianjurkan bersama Pusat Islam UKM; Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS); Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah Malaysia (PBMITT); dan Kelab Usuluddin dan Falsafah (KUFAH); Geran Penyelidikan GGPM-2019-0580 dengan tajaan lingkungan RM10,000 pada setiap edisi penganjuran daripada pihak institusi yang bekerjasama.

TEMA

Menjernihkan Pemikiran Masyarakat Ke Arah Pegangan Majoriti Umat (SUNNI 1.0, 2017)
Mengukuhkan Pemikiran Masyarakat Melalui Khazanah Ilmuwan Umat (SUNNI 2.0, 2018)
Melestarikan Warisan Pemikiran Salaf dalam Masyarakat Malaysia (SUNNI 3.0, 2019)
Menyuburkan Penghayatan Tasawuf dan Tarekat dalam Kehidupan (SUNNI 4.0, 2020)
Memperteguh Tauhid Melalui Manhaj Kalam Ahli Sunah Waljamaah (SUNNI 5.0, 2021)

TARIKH, TEMPAT DAN MASA
10/12/2017 | Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh | 8:30 pagi-5:00 petang (SUNNI 1.0)
27/10/2018 | Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh | 8:30 pagi-5:00 petang (SUNNI 2.0)
21/12/2019 | Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh | 8:30 pagi-5:00 petang (SUNNI 3.0)
27/12/2020 | atas talian | 9:30 pagi-4:00 petang (SUNNI 4.0)
26/12/2021 | atas talian | 8:30 pagi-5:00 petang (SUNNI 5.0)

MEDIUM PROGRAM
Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh
LIVE di Facebook: Pusat Islam UKM & Kelab Usuluddin dan Falsafah (KUFAH)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Selangor, Malaysia.

Hasilnya termasuk prosiding ilmiah, dokumentasi rakaman pihak luar seperti Majlis Ilmu Pulau Pinang dan peningkatan literasi akidah serta kemahiran insaniah pelajar. Pendekatan ini membuktikan keberkesanan integrasi teori serta praktikal, kolaborasi multi-agensi dan keberlanjutan program sebagai inovasi pendidikan agama berimpak tinggi yang boleh dimanfaatkan secara bersama iaitu pelajar, institusi pendidikan dan masyarakat.