Berita

Seminar Antarabangsa Manuskrip Melayu ke-4 (SEMALU IV)

Seminar Antarabangsa Manuskrip Melayu ke-4 (SEMALU IV)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM), ATMA, UKM, dengan sukacitanya menjemput tuan/puan ke Seminar Antarabangsa Manuskrip Melayu ke-4 (SEMALU IV), bertempat di Goethe University Frankfurt, Jerman pada 21-23 Julai 2026.

Seminar ini adalah peluang keemasan bagi menghimpunkan cendekiawan, penyelidik, ahli akademik, dan orang awam untuk membincangkan warisan manuskrip Melayu.

Tema SEMALU IV pada kali ini “Pelestarian Warisan Manuskrip Alam Melayu Melalui Penyelidikan dan Inovasi”

Subtema SEMALU IV merangkumi:
✨ Penyelidikan filologi, kodikologi dan konservasi manuksrip Melayu
✨ Sains dan teknologi dalam manuskrip Melayu
✨ Pendigitalan dalam pemeliharaan koleksi manuksrip Melayu
✨ Aplikasi teknologi pendidikan manuskrip Melayu
✨ Penghasilan produk dan inovasi bersumberkan manuskrip Melayu

☑️ Jangan lepaskan peluang untuk berkongsi ilmu, bertukar pandangan dan menjalin hubungan baru dalam perbincangan yang mendalam mengenai warisan manuskrip.

☑️ Ayuh! segera mendaftar:
https://forms.gle/SFHySRkXv9pFMA8y8

☑️ Terhad kepada 30 pembentang sahaja!

Kami mengalu-alukan penyertaan anda. Terima kasih.

#ManuskripMelayu #ATMAUKM #PPMAM #SEMALUIV