Berita

Kajian Lapangan di Sekolah Pondok Pesantren Surabaya, Indonesia

5 Jun 2025 – Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu di bawah Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA), UKM telah melakukan kajian lapangan di Surabaya pada 2-5 Jun 2025 . Kajian ini adalah untuk melihat sejarah penubuhan dan sistem pendidikan pondok di 3 buah Pondok Pesantren iaitu:
 
1- Pondok Pesantren Langitan Widang Tuban
2- Pondok Pesantren Tebu Ireng
3- Pondok Pesantren Lirboyo
 
Kajian ini telah di ketuai oleh Dr. Junaini Kasdan, Timbalan Pengarah ATMA, Ts. Dr. Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Ketua Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu, bersama En. Aqilul Na’im Fitri Abd Kader dan En. Abdul Azzim Nawi.