(Profesor, Dato’ Dr.) ialah merupakan Felo Utama, Profesor Sains Politik dan bekas Pengarah di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), UKM. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Mudadalam bidang Kimia dari Illinois dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan PhD dalam bidang Sains Politik dari Arizona. Bidang pengkhususannya ialah Pembangunan Politik, Gender dan Politik, dan Keselamatan Manusia.Penyelidikan terkini beliau adalah mengenai ASEAN Global, Rangkuman Sosial melalui Penyetempatan SDG dan Dasar Awam di Malaysia dan Afrika. Pada tahun 2015, Prof. Dato’ Dr. Rashila Ramli mengetuai Pasukan Substantif bagi Parlimen Malaysia dalam Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA). Penyelidikan semasa beliau adalah mengenai Lokalisasi SDG di 10 kawasan parlimen di seluruh Malaysia. Penglibatan profesional beliau termasuk, antara lain, sebagai Timbalan Presiden Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM), ahli Majlis Kerjasama Keselamatan di Asia Pasifik (CSCAP) Malaysia, dan Pengerusi Bersama Rangkaian Akademik UN-SDG.