Prof. Ir. Dr. Rosdiadee Bin Nordin merupakan penyelidik daripada Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM). Penyelidikan beliau tertumpu kepada pencirian dan prestasi rangkaian telekomunikasi tanpa wayar untuk rangkaian generasi akan datang, termasuk teknologi komunikasi Internet Benda. Beliau menerima ijazah PhD di University of Bristol, United Kingdom (2010), merupakan seorang Jurutera Professional dengan Perakuan Amalan di bawah Lembaga Jurutera Malaysia (2013), Penerima Anugerah Top Research Scientists Malaysia, Akademi Sains Malaysia (2020) dan terkini sebagai Penerima Rising Star Award, Leadership in Innovation Fellowship, di bawah Royal Academy Engineering, United Kingdom (2021).