Prof. Dato’ Dr. Norman bin Mohd Saleh

Prof. Dato’ Dr. Norman bin Mohd Saleh

Pakar Rujuk Pembangunan Koperasi & Audit
  • Jabatan / Department :
    Pusat Kajian Keutuhan Tadbir Urus & Akauntabiliti (Grace)

Biografi

Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim adalah seorang pensyarah di Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM dan merupakan pakar dalam bidang Fiqh Fatwa Makanan & Produk Kepenggunaan Semasa dan Politik Islam. Banyak kajian telah dilakukan olehnya seperti Penentuan hukum makanan ubah suai genatik (GMF) berasaskan haiwan menurut Islam dan sains, Penentuan hukum plasma darah dalam produk makanan/kosmetik, penentuan hukum vaksin halal di Malaysia, Diet Rasulullah menurut Fiqh dan Sains, Penentuan hukum air kencing unta menurut Islam & sains dan banyak lagi. Beliau juga merupakan seorang pendakwah terkemuka tanah air yang dikenali ramai. Nama dan kepakarannya banyak dimanfaatkan oleh pelbagai lapisan, antaranya Panel Pensijilan Halal Negeri Selangor, JAKIM, Duta Pemasaran UKM, Duta Kementerian Belia & Sukan, Felo Dakwah YADIM, Felo Kanan di Institut Islam Hadhari UKM, Duta Vaksin Kebangsaan dan banyak lagi. Ketokohan sebagai penyelidik, penulis, artikel jurnal, buku, akhbar dan majalah keagamaan terserlah apabila salah sebuah buku karyanya terbitan Penerbit UKM 2017 telah dinobatkan sebagai Penerima ANUGERAH BUKU FIQH SAINS TERBAIK NEGARA 2018 yang disampaikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Setakat tahun 2021, sebanyak (616) penerbitan telah diberdaftarkan. (115) adalah artikel jurnal,(1) artikel Q1,(4) artikel Q2, (4) artikel Q3, (66) artikel SCOPUS, (11) artikel WoS, (30) jurnal berwasit, (28) bab dalam buku, (8) buah buku agama/ motivasi bacaan awam, (29) artikel Prosiding, 4 Kertas Polisi dan (402) penerbitan akhbar/majalah tersohor negara (Sumber e-rap UKM 2021). Beliau telah berjaya menghasilkan (38) pelajar MA dan (11) pelajar PhD dalam bidang Fiqh Fatwa Semasa. Berasaskan ketokohon itu, beliau banyak mendapat anugerah daripada pelbagai pihak dan agensi termasuklah Darjah Kebesaran oleh KDYMM Sultan Selangor pada 2012 dan KDYMM Sultan Pahang pada tahun 2016.