{"id":2371,"date":"2022-02-21T01:00:48","date_gmt":"2022-02-21T01:00:48","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/index.php\/2022\/02\/21\/khasiat-daun-kesum-untuk-kesihatan\/"},"modified":"2022-02-21T01:00:48","modified_gmt":"2022-02-21T01:00:48","slug":"khasiat-daun-kesum-untuk-kesihatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/khasiat-daun-kesum-untuk-kesihatan\/","title":{"rendered":"Khasiat Daun Kesum untuk Kesihatan"},"content":{"rendered":"<div>\n<p><strong><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" alt=\"\" height=\"435\"  src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/1-2.jpg\"  width=\"685\"><\/img><br \/><\/br><br \/>\nOleh Murniati Abu Karim<\/strong><br \/><\/br><br \/>\n<strong>Foto Ikhwan Hashim<\/strong><\/p>\n<p>BANGI, 16 Februari- Daun kesum atau nama saintifiknya \u2018<em>polygonum minus\u2019 <\/em>merupakan tumbuhan herba yang tidak asing dalam masakan Melayu. Selain bertindak sebagai penambah rasa dan aroma kepada masakan, tumbuhan herba ini kaya dengan pelbagai khasiat yang berupaya mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan manusia.<\/p>\n<p>Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Ir. Dato\u2019 Dr. Abdul Wahab Mohammad berkata kesum yang mentah atau yang telah dimasak telah digunakan dalam rawatan gangguan pencernaan, manakala rebusan dan minyak daun ini boleh mengatasi masalah kelemumur.<\/p>\n<p>\u201cKesum juga mempunyai beberapa ciri yang baik seperti kandungan antioksidan yang tinggi, aktiviti antimikrob, anti-keradangan, anti-kedutan, meningkatkan daya ingatan dan pelbagai manfaat lain yang telah dibuktikan secara saintifik oleh para penyelidik di Malaysia,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Pelancaran Buku dan Penyampaian Anugerah <em>National Kesum Initiative<\/em> (NKI) anjuran Pusat Kajian Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (H-CARE) UKM dan Biotropics Malaysia Berhad.<\/p>\n<p>Menurutnya, buku yang bertajuk \u2018The Wonders of Kesum: Findings from the National Kesum Initiative\u2019 merupakan sebuah platform untuk penyelidik daripada pelbagai kepakaran berkongsi penemuan projek penyelidikan yang berimpak tinggi berkaitan potensi kesum dalam pelbagai aspek.<\/p>\n<p>\u201cMelalui penulisan buku ini, maklumat komprehensif tentang penyelidikan kesum turut dibincangkan. Ia merangkumi kaedah pengekstrakan, sifat metabolit, dan potensi penggunaan daun ini sebagai agen neuroprotektif dan kemopreventif, penggunaan dalam kosmetik, pembungkusan makanan dan agro-industri.<\/p>\n<p>\u201cBuku ini dapat dijadikan satu sumber bacaan berinformasi dan panduan untuk penyelidikan di masa hadapan yang boleh membantu ke arah pengkomersilan kesum dalam pelbagai industri, termasuklah kesihatan, perniagaan tani, teknologi makanan, farmaseutikal dan kosmetik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Dekan Fakulti Sains Kesihatan UKM merangkap Pengerusi NKI, Prof Dr. Suzana Shahar, NKI yang menyediakan platform bagi penyelidik melontarkan idea, berkongsi hasil penyelidikan, seterusnya dinilai dari segi keaslian dan impak penyelidikan berkaitan kesum dan diberikan penganugerahan berdasarkan kriteria tertentu.<\/p>\n<p>\u201cSeiring dengan kemajuan teknologi perubatan, kewujudan NKI dilihat mampu menjadi pemangkin kepada usaha berterusan yang telah dilaksanakan oleh penyelidik bagi memperkasa kajian produk herba tempatan.<\/p>\n<p>\u201cHarapan saya agar ada di antara hasil penyelidikan ini berjaya diteruskan kepada fasa seterusnya seperti percubaan klinikal, prapengkomersialan atau pengkomersialan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>NKI yang ditubuhkan sejak pertengahan tahun 2019 telah mengumpulkan seramai 44 kumpulan penyelidik dari pelbagai institusi di Malaysia. 12 penyelidikan telah membuahkan hasilnya dan dibentangkan pada program tersebut.<\/p>\n<p>Tiga penyelidik yang berjaya mendapatkan dana bagi menjalankan penyelidikan awal tentang kesum dan produk berkaitan telah dianugerahkan hadiah wang tunai.<img decoding=\"async\" alt=\"\" height=\"32\" loading=\"lazy\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-content\/uploads\/2015\/03\/ukmnewsportal-bm1.png\" width=\"96\"><\/img><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" alt=\"\" height=\"435\" loading=\"lazy\"  src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/2-2.jpg\"  width=\"685\"><\/img><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" alt=\"\" height=\"435\" loading=\"lazy\"  src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/3-2.jpg\"  width=\"685\"><\/img><\/p>\n<\/p><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Murniati Abu Karim Foto Ikhwan Hashim BANGI, 16 Februari- Daun kesum atau nama saintifiknya \u2018polygonum minus\u2019 merupakan tumbuhan herba &hellip; <a href=\"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/khasiat-daun-kesum-untuk-kesihatan\/\" class=\"more-link\">Continue reading <span class=\"screen-reader-text\">Khasiat Daun Kesum untuk Kesihatan<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2372,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[64],"tags":[],"class_list":["post-2371","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ukm-research"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2371","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2371"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2371\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2372"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2371"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2371"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2371"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}