{"id":2394,"date":"2022-03-08T18:02:37","date_gmt":"2022-03-08T10:02:37","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/index.php\/2022\/03\/08\/simulasi-klinikal-kaedah-inovatif-pengajaran-pendidikan-perubatan-kecemasan\/"},"modified":"2022-03-08T18:02:37","modified_gmt":"2022-03-08T10:02:37","slug":"simulasi-klinikal-kaedah-inovatif-pengajaran-pendidikan-perubatan-kecemasan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/simulasi-klinikal-kaedah-inovatif-pengajaran-pendidikan-perubatan-kecemasan\/","title":{"rendered":"Simulasi Klinikal Kaedah Inovatif Pengajaran Pendidikan Perubatan Kecemasan"},"content":{"rendered":"<div>\n<p><strong><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" alt=\"\" height=\"548\"  src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/x.jpg\"  width=\"685\"><\/img><br \/><\/br><br \/>\nOleh Asmahanim Amir<br \/><\/br><br \/>\nFoto Izwan Azman<\/strong><\/p>\n<p>CHERAS, 23 Februari 2022 \u2013 Simulasi klinikal atau simulasi perawatan kesihatan menjadi salah satu kaedah utama dalam penyampaian pendidikan perubatan kepada pelajar perubatan sama ada di peringkat prasiswazah ataupun pascasiswazah.<\/p>\n<p>Profesor Perubatan, Jabatan Perubatan Kecemasan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof. Dr. Ismail Mohd Saiboon berkata tujuan simulasi dipraktikkan dalam bidang perubatan adalah untuk mengelakkan risiko keadaan yang sebenar dirasai oleh pesakit.<\/p>\n<p>\u201cKalau dulu kita menggunakan pesakit yang betul untuk dibuat simulasi, jadi pesakit akan rasa diri dia seperti \u201ctikus makmal\u201d\u2026 belajar membuat pembedahan pun di atas pesakit yang betul. Jadi, risiko itu ada.<\/p>\n<p>\u201cBila kita gunakan kaedah simulasi, kita menggunakan patung simulator sebagai pesakit dan mempraktikkan kaedah-kaedah perubatan pada patung tersebut. Kita tiru keadaan pesakit yang betul menggunakan patung simulator, tetapi bukan dalam keadaan yang sebenar. (menggunakan pesakit),\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, di Jabatan Kecemasan sesebuah hospital, merawat pesakit bukan sahaja melibatkan pengetahuan, tetapi perlu juga melibatkan kemahiran (skill) fizikal\u00a0dan insaniah.<\/p>\n<p>\u201cPasukan perubatan perlu fikirkan apa tindakan yang perlu dibuat terhadap pesakit dengan pantas. Jadi, dengan adanya simulasi ini, ia menjadi \u201cjambatan\u201d kepada satu kaedah pengajaran perubatan kerana bakal doktor bukan hanya bijak dari segi\u00a0pengetahuan\u00a0(<em>knowledge)<\/em>\u00a0tapi dia juga mahir dan cekap (<em>skilful and<\/em>\u00a0<em>competent).<\/em><\/p>\n<p>\u201cDalam Jabatan Kecemasan ini, doktor adalah <em>first liner\u00a0dan leader.<\/em> Kalau silap kita (doktor), silaplah semuanya. Kalau betul kita, maka betullah semuanya. Sebagai barisan hadapan, inilah cabaran besar dan paling utama dalam mendiagnosis pesakit. Disitulah gunanya simulasi agar latihan berulang kali dapat dilakukan agar doktor dapat mendiagnosa dan merawat dengan tepat pada kali pertama\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata simulasi mempunyai beberapa kaedah iaitu simulasi lakonan-pertuturan (SLT), simulasi lakonan-pelakon (SLP), simulasi simulator tugasan separa, simulasi pesakit elektronik dan simulasi berasaskan skrin atau komputer.<\/p>\n<p>\u201cSLT adalah simulasi yang paling mudah iaitu melibatkan penerangan antara doktor dan pesakit\u00a0piawai (SP), SLP pula adalah hampir sama dengan SLT, tetapi ia memerlukan \u201cpelakon\u201d untuk melakonkan watak yang diberi untuk mencapai objektif pembelajaran\u00a0dengan kesan imersif yang lebih baik.<\/p>\n<p>\u201cSimulasi simulator tugasan separa pula adalah menggunakan simulator yang dibina khusus untuk pelajar melakukan tugasan seperti simulasi melakukan latihan intubasi endotrakea pada patung simulator. Simulasi ini adalah simulasi yang paling popular di Malaysia dan di negara-negara yang baru berkecimpung dengan simulasi klinikal,\u201d ujar beliau.<\/p>\n<p>Prof. Dr. Ismail menjelaskan bahawa tidak semua hospital di Malaysia menggunakan kaedah simulasi.<\/p>\n<p>\u201cKaedah simulasi di Malaysia masih baru. Daripada kajian yang kami buat pada tahun 2019, hanya 92.1 peratus dari sekolah perubatan ada menggunakan <em>some sort of simulation<\/em>\u00a0tetapi tidak sangat menggunakan simulasi itu dengan cara yang sepatutnya.<\/p>\n<p>\u201cPenggunakan simulasi mereka lebih kepada teknik pengajaran simulasi (pengajaran asas kaedah simulasi),\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata ramai yang tidak tahu teknik pengajaran menggunakan kaedah simulasi\u00a0imersif.<\/p>\n<p>\u201cSimulasi ini adalah untuk mengajar perawat seperti doktor, pembantu perubatan dan jururawat cara merawat pesakit\u00a0dalam keadaan yang seakan sebenarnya. Ada empat penggunaan penting simulsi dalam bidang perubatan iaitu pengajaran dan pembelajaran, untuk tujuan pengujian (testing), penyelidikan dan membuat pengintegrasian kaedah baru dalam sistem yang sedia ada seperti memperkenalkan SOP baru dalam perawatan pesakit COVID-19 untuk mengelak virus COVID-19 dari terjangkit kepada petugas.<\/p>\n<p>\u201cLatihan simulasi ini boleh diulang banyak kali sehingga kita cekap atau diulang menggunakan beberapa kaedah untuk mendapat keputusan yang terbaik. \u00a0Bila dilatih berulang kali, pelajar akan cekap dan tidak kekok dalam merawat pesakit,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Selepas menggunakan simulasi, katanya kaedah refleksi berpandu atau debriefing menggunakan teknik DeBRIEF\u00a0akan digunakan bagi membolehkan para pengajar\u00a0untuk bertanyakan perkara penting dengan menggunakan kad isyarat.<\/p>\n<p>\u201cKaedah DeBRIEF iaitu <em>defuse &#038; delineate<\/em>\u00a0(meredakan dan menggariskan), <em>bring back<\/em>\u00a0(mengimbau kembali), <em>review<\/em>\u00a0(mengupas dan mengkaji semula), <em>in-depth discussion<\/em>\u00a0(perbincangan mendalam) dan <em>future use<\/em>\u00a0(penggunaan di masa hadapan) dicipta hasil daripada kajian saya yang mendapati kesukaran untuk para pengajar di Malaysia melakukan refleksi-berpandu dengan menggunakan teknik yang diketengahkan di barat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kesimpulannya, kata Prof. Dr. Ismail, perubatan kecemasan sangat memerlukan tenaga mahir yang benar-benar terlatih untuk mengendalikan kes-kes kecemasan dengan cekap dan teratur.<\/p>\n<p>\u201cMenyedari akan hakikat ini, sekolah perubatan di serata dunia berlumba-lumba membina infrastruktur mereka untuk mendapatkan pembelajaran berasakan simulasi,\u201d katanya<img decoding=\"async\" alt=\"\" height=\"32\" loading=\"lazy\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-content\/uploads\/2015\/03\/ukmnewsportal-bm1.png\" width=\"96\"><\/img><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" alt=\"\" height=\"435\" loading=\"lazy\"  src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/1-4.jpg\"  width=\"685\"><\/img><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" alt=\"\" height=\"435\" loading=\"lazy\"  src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/2-3.jpg\"  width=\"685\"><\/img><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" alt=\"\" height=\"435\" loading=\"lazy\"  src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/3-3.jpg\"  width=\"685\"><\/img><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" alt=\"\" height=\"435\" loading=\"lazy\"  src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/4-1.jpg\"  width=\"685\"><\/img><\/p>\n<\/p><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Asmahanim Amir Foto Izwan Azman CHERAS, 23 Februari 2022 \u2013 Simulasi klinikal atau simulasi perawatan kesihatan menjadi salah satu &hellip; <a href=\"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/simulasi-klinikal-kaedah-inovatif-pengajaran-pendidikan-perubatan-kecemasan\/\" class=\"more-link\">Continue reading <span class=\"screen-reader-text\">Simulasi Klinikal Kaedah Inovatif Pengajaran Pendidikan Perubatan Kecemasan<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2395,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[64],"tags":[],"class_list":["post-2394","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ukm-research"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2394","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2394"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2394\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2395"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2394"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2394"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2394"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}