{"id":2489,"date":"2022-03-24T15:42:40","date_gmt":"2022-03-24T07:42:40","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/index.php\/2022\/03\/24\/ukm-terajui-kajian-obesiti-dan-penyakit-tidak-berjangkit-bersama-university-of-oxford\/"},"modified":"2022-03-24T15:42:40","modified_gmt":"2022-03-24T07:42:40","slug":"ukm-terajui-kajian-obesiti-dan-penyakit-tidak-berjangkit-bersama-university-of-oxford","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/ukm-terajui-kajian-obesiti-dan-penyakit-tidak-berjangkit-bersama-university-of-oxford\/","title":{"rendered":"UKM Terajui Kajian Obesiti dan Penyakit Tidak Berjangkit bersama University of Oxford"},"content":{"rendered":"<div>\n<p><strong><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" alt=\"\" height=\"435\"  src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/1-15.jpg\"  width=\"685\"><\/img><br \/><\/br><br \/>\nOleh UMBI UKM<\/strong><\/p>\n<p>BANGI, 24 Mac 2022 \u2013 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan universiti pertama Malaysia yang menerajui kajian pengimejan melalui DXA berskala besar di peringkat antarabangsa.<\/p>\n<p>Penyelidikan yang dijalankan bersama University of Oxford, United Kingdom (UK) ini menyasarkan bidang kajian obesiti dan penyakit tidak berjangkit yang semakin berleluasa di Malaysia dan di seluruh dunia.<\/p>\n<p>Penyelidikan dengan tajuk Obesiti dan penyakit tidak berjangkit di Malaysia: Kajian pengimejan terhadap 6,000 orang dewasa dalam Kajian Kohort Malaysia diketuai bersama oleh Prof Sarah Lewington dari Nuffield Department of Population Health, University of Oxford dan Prof Madya Dr Nor Azian Abdul Murad, daripada Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) dengan dana penyelidikan berjumlah RM994,000 daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Malaysia.<\/p>\n<p>Projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Projek The Malaysian Cohort (TMC) yang telah dimulakan oleh UMBI pada tahun 2006, serupa dengan projek UK Biobank yang bermula pada tahun 2005. UMBI dan University of Oxford adalah antara pemegang taruh utama, masing-masing bagi projek TMC dan UK Biobank.<\/p>\n<p>Naib Canselor UKM, Prof. Dato\u2019 Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata buat masa ini, tiada kajian pengimejan melalui DXA mahupun MRI berskala besar di Malaysia untuk pengukuran langsung lemak badan bagi membolehkan penyelidik memahami hubungan antara komposisi badan dengan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan penyakit jantung.<\/p>\n<p>Oleh itu, katanya, kajian tersebut bertujuan untuk memahami perkaitan obesiti dalam menyebabkan penyakit diabetis dan penyakit jantung (CVD).<\/p>\n<p>\u201cSelain itu, perbandingan antara kepelbagaian kumpulan etnik di Malaysia dan di UK juga dapat dilakukan. Kaedah baharu seperti DXA dan MRI dapat digunakan bagi mengesahkan instrumen konvensional BMI <em>(body mass indeks)<\/em> atau pun dikenali sebagai indeks jisim tubuh,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata dalam kajian itu, UMBI akan melakukan 6,000 pengimejan DXA serta 100 pengimejan MRI (dengam kerjasama bersama Jabatan Radiologi, Fakulti Perubatan, UKM dan University of Westminster, UK) bagi menilai komposisi badan dalam kalangan peserta <em>The Malaysian Cohort<\/em> (TMC).<\/p>\n<p>\u201cKolaborasi penyelidikan ini membolehkan perpindahan teknologi terutamanya kaedah analisis data yang dilakukan antara kedua-dua pihak,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Katanya, kerjasama penyelidikan ini dapat memberi impak yang besar kepada sistem kesihatan di Malaysia terutamanya dalam pembangunan dan penggunaan BMI baharu yang bersesuaian dengan populasi Asia khususnya penduduk di Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cBuat masa ini, BMI yang digunapakai adalah daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan diklasifikasikan mengikut: BMI< 18.5 (kurang berat badan), BMI 18.5 \u2013 25 (normal), BMI 25 \u2013 30 (lebihan berat badan) dan BMI >30 (obesiti), yang berdasarkan populasi Caucasian.<\/p>\n<p>\u201cOleh itu, adalah penting untuk menentukan apakah julat normal bagi lebihan lemak badan daripada setiap kumpulan etnik di Malaysia agar julat yang lebih tepat dapat diperkenalkan.<\/p>\n<p>\u201cPenggunaan klasifikasi yang tepat adalah penting untuk intervensi berkesan bagi membendung peningkatan kesan berkaitan obesiti seperti penyakit diabetes jenis II dan juga penyakit jantung,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Prof. Dato\u2019 Ts. Dr. Mohd Ekhwan berkata projek itu juga berpotensi meningkatkan kerjasama bersama industri terutamanya dalam mengenalpasti kaedah rawatan terbaik yang melibatkan penyakit jarang jumpa yang spesifik bagi obesiti seperti kekurangan Proopiomelanocortin (POMC), kekurangan reseptor leptin (LEPR), bardet-Biedl Syndrome (BBS), Alstrom syndrom, dan Prader-Willi syndrome.<\/p>\n<p>\u201cKajian lanjutan berkait genetik boleh dilakukan bagi mengenalpasti variasi penyebab dan pelindung bagi obesity.<\/p>\n<p>\u201cBanyak lagi projek kolaborasi penyelidikan yang sedang dirancang bersama University of Oxford. Usaha ini sejajar dengan agenda pengantarabangsaan UKM khususnya perkongsian pintar dengan universiti tersohor di dunia.<\/p>\n<p>\u201cPerancangan projek <em>UKM Health Technopolis<\/em> juga meletakkan jaringan kolaborasi penyelidikan dan pembangunan teknologi sebagai pemacu penyelidikan asas dan translasi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Prof. Dato\u2019 Ts. Dr. Mohd Ekhwan yang mengetuai lawatan kerja UKM ke United Kingdom pada 17 Mac lepas telah melawat Big Data Institute, Nuffield Department of Population Health, University of Oxford bagi melonjakkan kolaborasi antarabangsa.<\/p>\n<p>Antara perbincangan dua hala yang melibatkan kedua-dua universiti itu ialah kerjasama dan kolaborasi yang lebih erat dalam bidang kepakaran, penyelidikan berimpak tinggi, pertukaran pelajar, pengajaran dan geran penyelidikan antarabangsa.<\/p>\n<p>UKM sedang bergerak ke arah penubuhan <em>Health Technopolis,<\/em> dan penglibatan <em>Big Data<\/em> dan <em>Digital Health<\/em> adalah bidang penting bersama rakan startegik seperti University of Oxford.<img decoding=\"async\" alt=\"\" height=\"32\" loading=\"lazy\" src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-content\/uploads\/2015\/03\/ukmnewsportal-bm1.png\" width=\"96\"><\/img><br \/><\/br><br \/>\n<img decoding=\"async\" alt=\"\" height=\"435\" loading=\"lazy\"  src=\"https:\/\/www.ukm.my\/news\/wp-content\/uploads\/2022\/03\/2-14.jpg\"  width=\"685\"><\/img><\/p>\n<\/p><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh UMBI UKM BANGI, 24 Mac 2022 \u2013 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan universiti pertama Malaysia yang menerajui kajian pengimejan &hellip; <a href=\"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/ukm-terajui-kajian-obesiti-dan-penyakit-tidak-berjangkit-bersama-university-of-oxford\/\" class=\"more-link\">Continue reading <span class=\"screen-reader-text\">UKM Terajui Kajian Obesiti dan Penyakit Tidak Berjangkit bersama University of Oxford<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2490,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[64],"tags":[],"class_list":["post-2489","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ukm-research"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2489","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2489"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2489\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2490"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2489"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2489"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/tncpi\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2489"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}