Disclaimer Third Language Translation

Please note that the page which will be displayed later after translations have been made is an automatic computer translation. The odds that the content will differ from the original cannot be avoided. We are not responsible on any damage or wrong information which might occur from the contents which has been translated. Official content is only at the original page which is in English or Malay.

Sambutan Jubli Emas UKM

pengeluaran duit syiling peringatan

Sempena sambutan 50 tahun Universiti Kebangsaan Malaysia, sukacitanya Bank Negara Malaysia mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan.

Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Yang Amat Mulia Tunku Laxamana Tunku Dato’ Seri Utama Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar pada 21 Ogos 2020 di UKM.

 

Berikut ialah spesifikasi duit syiling yang akan dijual oleh UKM:

Duit Syiling Peringatan Emas Nordic (pruf)

Duit syiling dalam kemasan kilat ini diperbuat menggunakan tembaga dan beberapa logam lain dan berat setiap keping ialah 8.5 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM1 dan akan dijual oleh UKM pada harga RM90 sekeping.

Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.)

Duit syiling dalam kemasan tanpa kilat ini diperbuat terutamanya menggunakan tembaga dan berat setiap keping ialah 8.5 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM1 dan akan dijual oleh UKM pada harga RM20 sekeping.

Duit syiling ini juga boleh didapati dalam set dua dalam satu. Set ini mengandungi satu duit syiling pruf perak berwarna dan satu duit syiling pruf emas Nordic. Setiap set dijual oleh UKM pada harga RM450.

Bahagian Hadapan

Perkataan “SAMBUTAN JUBLI EMAS” dipaparkan di sekeliling bahagian atas duit syiling peringatan ini. Bahagian tengah memaparkan bangunan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), iaitu mercu tanda UKM yang menandakan titik permulaan (pendaftaran) dan pengakhiran (konvokesyen) kehidupan pelajar di UKM. Mercu tanda tersebut diapit oleh reka bentuk geometri yang membentuk bahagian luar DECTAR bagi melambangkan pencapaian penting dan pemodenan UKM sepanjang 50 tahun penubuhannya. Misi UKM untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dilambangkan melalui reka bentuk songket yang bermotifkan bunga kebangsaan iaitu Bunga Raya. Reka bentuk ini digunakan sebagai latar belakang bagi perkataan UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA dalam tulisan rumi dan Jawi. Tahun penubuhan dan ulang tahun ke-50 UKM (1970-2020) tertera sebagai imej pendam (latent image) yang boleh bertukar-tukar di bahagian bawah duit syiling.

Bahagian Belakang

Nama “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan di sekeliling bahagian atas duit syiling. Logo rasmi sambutan jubli emas UKM jelas terpapar pada bahagian atas glob (globe) bagi melambangkan pengembaraan dan pencapaian ulung UKM yang telah mencapai taraf antara universiti terbaik dunia. Nilai muka dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling.

 

117648442_3316264731763594_8343937834641221780_o

Jualan duit syiling peringatan

Bagi warga UKM dan orang ramai boleh membeli duit syiling peringatan ini secara atas talian nanti. Untuk maklumat lanjut mengenai cara pembelian, pembayaran atau pengambilan, satu pengumuman akan dibuat pada 25 September 2020.

Universiti Kebangsaan Malaysia
7 September 2020