PUSAT PEMBANGUNAN KARIER UKM / UKM CAREER ADVANCEMENT CENTRE

 MARA_GEUKM

Career Buddies ialah kumpulan pelajar yang dilantik oleh UKM-Karier  membantu meningkatkan kebolehpasaran pelajar UKM melalui kerjasama bersama UKM-Karier dan pihak industri.

Mulai tahun 2021, Career Buddies telah berjaya didaftarkan sebagai Kelab Rakan Karier. Kelab ini juga bertujuan menjadi penghubung di antara UKM-Karier dengan industri dan pelajar. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan atau ingin mempunyai kerjasama untuk menguruskan aktiviti kerjaya bersama Career Buddies, sila emel careerbuddiesukm@gmail.com

VISI

Membantu membina hubungan antara pelajar dan industri sekali gus meningkatkan kesediaan kerjaya dan kebolehpasaran pelajar.

 

MISI

Menjadi pemangkin yang membantu meningkatkan kebolehpasaran pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia melalui kerjasama Career Buddies bersama Pusat Pembangunan Karier serta Industri.

 

OBJEKTIF

  • Membantu melaksana program pembangunan kerjaya;
  • Menyebar maklumat kerjaya yang terkini kepada pelajar;
  • Meningkat kemahiran insaniah dan keterlihatan career buddies; dan
  • Membantu memperkukuh hubungan antara UKM-Karier dan pelajar.

Pengambilan Career Buddies adalah pada Semester 1 setiap tahun. Pelajar yang bemrinat, boleh mendaftar di pautan yang disediakan. Sila alert dengan hebahan terkini dari UKM-Karier melalui pelbagai platform.