PUSAT PEMBANGUNAN KARIER UKM / UKM CAREER ADVANCEMENT CENTRE

 MARA_GEUKM

Graduate Business Program

Telah menamatkan pengajian tapi masih belum mendapat pekerjaan?

Penat interview tapi belum ditawarkan pekerjaan?

Minat berniaga tapi tidak yakin?

Minat berniaga tapi takut rugi?

Nak besarkan perniagaan tapi tiada modal?

Jom,

Kementerian Pengajian Tinggi dengan Kerjasama TEKUN Nasional mengajak para graduan IPTA, IPTS, POLITEKNIK dan KOLEJ KOMUNITI dari tahun 2019 – 2022 yang masih belum mendapat pekerjaan dan berminat untuk berniaga bagi mengikuti program Graduate Business Program (GBP)

Program terbuka kepada graduan sijil, diploma, sarjana muda dan sarjana dari semua bidang!

Peserta yang mengikuti program 9 hari ini akan dilatih oleh Master Trainer berpengalaman dalam industri dan peluang untuk mendapatkan bantuan pembiayaan TEKUN Nasional sehingga RM50,000 bagi memulakan perniagaan dan menjadi usahawan berjaya.

Jangan lepaskan peluang ini. Terbuka kepada 500 peserta terawal sahaja. Tiada sebarang yuran dikenakan. Hanya komitmen, keazaman dan kesungguhan untuk mengubah nasib diri sahaja yang diperlukan.

Siri ke 12 akan bermula pada September 2022. Jom daftar di pautan https://bit.ly/gbpTEKUN atau scan RQ Code atau hubungi UKM Karier melalui Whatsapp di 010-4225864 (Puan Alia).

Daftar sekarang!