Pusat Pembangunan Karier UKM | UKM Career Advancement Centre
Menu
EPF Engagement Dinner
26 November 2025 | Bangi
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Karier, UKM telah menganjurkan EPF Engagement Dinner Session bersama 30 orang pelajar tahun akhir terbaik UKM di De Wan 1958 by Chef Wan, Bangi. Majlis eksklusif ini menjadi platform istimewa untuk mempertemukan bakat pelajar dengan kepimpinan tertinggi KWSP.
Sesi makan malam tersebut turut dihadiri oleh Encik Iwan Azlan Mokhtar, Ketua Pegawai Sumber Manusia KWSP, yang berkongsi pandangan mengenai hala tuju organisasi serta peluang kerjaya di bawah agensi tersebut. Beliau turut menekankan usaha KWSP untuk memperkenalkan dirinya sebagai majikan pilihan utama dalam kalangan graduan, di samping “merisik” dan mengenal pasti bakat cemerlang yang bakal bergraduasi pada tahun 2026.
Para pelajar berpeluang berinteraksi secara langsung dengan Encik Iwan dan pegawai-pegawai KWSP dalam suasana santai namun bermakna, membincangkan program pembangunan bakat, laluan kerjaya, serta potensi untuk menyertai organisasi yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosioekonomi negara.
Majlis yang berlangsung dengan penuh mesra ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara KWSP dan UKM, malah membuka ruang kepada pelajar untuk melihat lebih dekat peluang masa depan dalam organisasi berprestij tersebut.