PUSAT PEMBANGUNAN KARIER UKM / UKM CAREER ADVANCEMENT CENTRE

 MARA_GEUKM

Karnival Ycareer Peringkat Kebangsaan 2022

PERKESO dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan akan menganjurkan Karnival Ycareer Peringkat Kebangsaan 2022 sebagai salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu pencari kerja dari kalangan belia massa untuk mendapatkan maklumat dan peluang penempatan pekerjaan berdasarkan keperluan industri serta meningkatkan kebolehpasaran belian dalam bidang kerjaya.

Program ini juga memfokuskan peluang dan penciptaan pekerjaan dengan pengisian yang memberi pendedahan (sharing), peluang (opportunity) serta melibatkan diri (engagement) belia dalam elemen tersebut.Sebanyak 15 majikan dari pelbagai sektor industri  yang menawarkan lebih 500 kekosongan jawatan yang akan menyertai karnival ini dan akan mengadakan sesi temu duga terbuka.   Pra pendaftaran untuk karnival ini boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut http://myfuturejobs.gov.my/careerfair. 

Maklumat lanjut berhubung karnival ini adalah seperti berikut:-  

Tarikh: 27 – 30 Oktober 2022

Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang  

Tempat: AEON AU2 Setiawangsa Kuala Lumpur 

Rujuk gambar di bawah untuk maklumat syarikat terlibat.